Selasa, Disember 30, 2008

BETAPA HEBATNYA CHIKUNGUNYA

Bersihkan persekitaran, hindar Chikungunya

CHIKUNGUNYA merupakan sejenis penyakit viral disebarkan menerusi jangkitan akibat gigitan nyamuk aedes yang turut membawa virus demam denggi dan demam kuning.

Penyebaran Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania, Afrika Timur pada 1953. Sejak itu, epidemik ini berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Bermula pada 2003, wabak ini telah berleluasa di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang semakin meningkat terutama selepas bencana tsunami pada Disember 2004.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di Klang, Selangor pada tahun 1998 dan tidak lama selepas itu turut membabitkan kawasan perumahan di Perak.

Katanya, meskipun jumlah kes Chikungunya semakin menurun di negara ini namun pihaknya masih meneruskan pemantauan secara berkala sebelum mengesahkan negara benar-benar bebas daripada penyakit itu.

Jumlah kes terkumpul sepanjang April sehingga minggu lalu adalah sebanyak 3,984 kes manakala sehingga 23 Disember lalu sebanyak 4,034 kes telah dicatatkan.

‘‘Kami menerima antara 100 hingga 150 laporan mengenai kes Chikungunya dalam seminggu dan minggu lalu dicatatkan 119 kes baru,’’ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Dr. Hassan, setiap kawasan perumahan di negara ini tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit Chikungunya kerana ia dibawa oleh dua jenis nyamuk iaitu Aedes Albopictus dan Aedes Aegypti yang turut menyebarkan virus demam denggi.

Penyakit demam Chikungunya merupakan penyakit endemik tercetus daripada virus Chikungunya jenis Genus Alphavirus dalam keluarga Toganiridae.

Terdapat dua jenis trend virus jangkitan Chikungunya iaitu Afrika Barat dan Afrika Selatan. Kedua-dua jenis rantaian virus ini mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk mengeram.

Setelah itu barulah simptom penyakit mula menyerang pesakit kira-kira tiga hingga 10 hari manakala tempoh pemulihan pula memakan masa seminggu lagi.

‘‘Pesakit lazimnya tidak akan mengalami sebarang perubahan pada minggu pertama virus itu mengeram namun selepas itu mereka akan mula demam, ruam dan sakit badan apabila virus itu mula menyerang.

‘‘Pada waktu ini juga, antibodi badan akan mula bertindak untuk melawan virus berkenaan sebelum bermulanya proses pemulihan,’’ jelas beliau.

Simptom virus Chikungunya boleh disalah anggap dengan manifestasi klinikal menyerupai virus denggi antaranya:

1.Demam panas mengejut sehingga 39 darjah Celsius.

2.Sakit teruk pada sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

3.Ruam pada kaki, tangan dan badan,

4.Sakit kepala berserta demam (antara satu hingga tujuh hari, kebiasaannya lima hari).

5.Insomnia.

6.Kesejukan, menggigil.

7.Kurang selera makan.

8.Perut meragam.

9.Mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Seperti penyakit arbovirus lain, jangkitan Chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Sehingga kini, belum ada kes mengenai pendarahan atau kematian akibat Chikungunya pernah dilaporkan di Malaysia. Pun begitu, sesetengah pesakit biasanya mengalami gejala berpanjangan bergantung kepada usia pesakit berkenaan.

Contohnya, pesakit yang berumur boleh mengalami kesan kesakitan berulang terutama pada bahagian sendi sehingga beberapa bulan.

Seperti kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, Chikungunya tidak mempunyai rawatan khusus. Selalunya, rawatan akan diberikan mengikut simptom klinikal yang dialami oleh pesakit berkenaan.

Kebanyakan kes memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan tiada vaksin.

Walaubagaimanapun, orang ramai yang mengalami gejala penyakit ini digalakkan agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran.


artikel by utusan malaysia 30122008

Isnin, Disember 29, 2008

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

bnu Abas r.a menyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, insyaallah akan afiat.

Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?


Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.

  1. Buat duit ?
  2. Berapa duit ada ?

Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.

Income

  • Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
  • Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
  • Dapat dividen dari saham itu adalah income.
  • Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
  • Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.

Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …

  • Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
  • Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
  • Berapa banyak duit dalam ASB ?
  • Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?

Ia adalah

Aset

Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.

10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.

Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.

Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat

Aliran Tunai (Cashflow)

Ini adalah komponen yang paling penting.

Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.

Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit dalam tangan.

    RM 10,000 (pendapatan)
    -RM 11,000 (perbelanjaan)
    (RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.

Anda perlu jadikan ia begini

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.

Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)

Amalkan sampai mati.

Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.

Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.

RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)

Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.

Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.

Untuk bisnes pula

RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)

Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar. Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. Bukan cawangan lain ye..

Untuk saham

RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)

Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.

Pendapatan.Aset.Aliran tunai.

Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.

Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.

Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besar, jaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.

Amacam ?

Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?

Tambah pendapatan ?

Kawal aliran tunai ?

Atau kedua-duanya sekali ?

p.s. Zakat dikenakan ke atas pendapatan atau aset ?

p.p.s Cukai dikenakan ke atas aset atau pendapatan ?

Rabu, Disember 24, 2008

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji

Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

  • Duit rumah
  • Duit kereta
  • Bil air
  • Bil api
  • Bil internet
  • Bil telefon
  • Hutang bank
  • Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.

Kan Kan Kan Kan ?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah

Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?

Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

# 1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

  1. ASB
  2. Tabung Haji
  3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

  • 3 bulan perbelanjaan
  • 6 bulan perbelanjaan
  • 12 bulan perbelanjaan
  • 24 bulan perbelanjaan
  • 48 bulan perbelanjaan
  • 60 bulan perbelanjaan
  • 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.

# 2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.


artikel dr http://www.pakdi.my/

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430H BUAT SEMUA!!!!

Ingat untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Image hosting by Imageshack.us Image hosting by  Imageshack.us

Bacaan selepas solat Asar... Bacaan selepas solat Maghrib ..

post by limbong...24122008

Isnin, Disember 22, 2008

JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN....

Salam pembaca blog keghorlimbong.......

Saya percaya ramai yang mempunyai impian untuk mencapai apa sahaja keinginan mereka tetapi malangnya lebih ramai lagi yang membiarkan impian itu sekadar angan-angan…
Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini boleh dicapai jika sekiranya anda ada kesungguhan dan displin yang tinggi untuk mencapainya.
Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.


Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi saya memberikan sedikit panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Ikuti beberapa langakah berikut agar anda dapat melaksanakannya dengan lebih teratur.


Langkah #1

Libatkan seluruh ahli keluargaKetika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.

Langkah #2

Buat matlamat yang S.M.A.R.T.Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.

Langkah #3

Senaraikan keutamaan matlamat andaSenaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.

Langkah #4

Perancangan dan tindakanTentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.

Langkah #5

Pantau perkembangan andaPantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.

Langkah #6

TabahBuat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Ingat anda perlu mengikuti panduan dan langkah -langkah tersebut sekiranya anda ingin menjadikan impian anda satu kenyataan.

SALAM impian....22122008
thanks for blog http://pemikirkaya.com/

BERSUNGGUH SUNGGUH WALAU PAYAH

Salam buat pembaca KEGHORLIMBONG, moga makin bersemangat hendaknya.artikel ini dipetik di dalam blog http://www.imotivasi.com.....
di dalam blog ini penuh denagn kata perangsang,motivasi diri dan terkesan di hati para pembacanya.....di harap warga blog ini dpt manfaatkan apa yg ada di dlm artikel ini....syukran...


Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah.
Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah. Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan.


Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan dan bercuti sesuka hati selama mana yang Anda mahu.
Tidak perlu hairan mengapa orang-orang cemerlang yang dahagakan kejayaan sanggup bersungguh-sungguh walaupun payah, rajin gila!.


Mereka sudah tahu dari awal, kerja keras hari akan membuat mereka senang di hari esok, bukannya senang hari ini, bersuka ria hari ini tapi susah di hari esok. Anda dalam golongan yang mana satu?


Jangan mengeluh andai Anda bertembung dengan dugaan hebat.
Jangan mengeluh apabila apa yang Anda usahakan menemui kegagalan.
Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.

Masalah ramai orang adalah, mereka terus berhenti apabila menempuh kegagalan. Sebab itu, orang yang cemerlang cuma sedikit di antara kita, tak kira yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dalam kerjaya mahupun perniagaan.


Pasang niat di dalam hati, Anda mahu bersungguh-sungguh, walau sepayah manapun usaha yang perlu dicurahkan. Set dalam fikiran, Anda mahu mencapai matlamat dengan cara apa sekalipun, janji halal.


Tekad mahu berjaya mula dari hari ini juga… Bila kejayaan dalam genggaman, ia merupakan kenangan yang amat manis!

SLM DR KEGHORLIMBONG.....22122008

Jumaat, Disember 19, 2008

Pejabat koperasi diserbu



KUALA LUMPUR - Sebuah koperasi yang didakwa menjalankan skim cepat kaya kecoh semalam apabila pejabatnya yang terletak di Sentul diserbu oleh pelabur-pelaburnya yang menuntut supaya wang mereka dikembalikan.

Malah ada antara pelabur itu mengugut membuat laporan polis sekiranya wang mereka tidak dipulangkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Tinjauan ke premis koperasi terbabit mendapati pelabur-pelabur yang terlibat sudah mengunjungi pejabat tersebut sejak dari awal pagi bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan setelah berita mengenai koperasi itu disiarkan Kosmo! kelmarin.
Bagaimanapun, usaha wartawan Kosmo! untuk bertemu dengan pengurusan koperasi itu gagal apabila salah seorang daripada kakitangannya meminta supaya satu temu janji dibuat terlebih dahulu.

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan, tiga buah koperasi iaitu Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad di Kuala Lumpur serta Koperasi Taqwa Malaysia yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan didapati menawarkan skim cepat kaya.

Ekoran itu, ketiga-tiga koperasi terbabit digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa kelmarin setelah SKM mendapati ia melanggar Akta Koperasi 1993 kerana menyeleweng dan melakukan kesalahan menjejaskan kepentingan ahli.
Seorang mangsa, Abdullah Mohd. Shuib, 57, yang sudah melabur sebanyak RM20,000 sejak dua tahun lalu kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam skim ini, tidak sangka akhirnya duit hasil titik peluh saya kini lesap," kata pekerja syarikat swasta itu.
petikan dari akhbar kosmo..........
keghorlimbong.......masih tak serik2 lagi orang kita ni.........
SALAM KESEDARAN.....

Minyak di bawah AS$40 setong

SINGAPURA 18 Dis. - Harga minyak mentah dunia didagangkan di bawah paras AS$40 (RM138) setong hari ini kepada paras terendah sejak empat tahun, walaupun pengumuman Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran.
Pada dagangan tengah hari, kontrak utama New York minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Januari jatuh AS$0.41 (RM1.41) kepada AS$39.65 (RM136.79) setong.
Kontrak itu ditutup pada paras AS$40. 06 (RM138.20) setong, semalam di New York Mercantile Exchange, penurunan sebanyak AS$3.54 (RM12.21).
Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$0.38 (RM1.31) kepada AS$45.15 (RM155.76) selepas jatuh AS$1.12 (RM3.86) untuk ditutup pada paras AS$45.53 (RM157.07) semalam.
OPEC yang mengeluarkan 40 peratus minyak mentah dunia telah meluluskan cadangan pengurangan sehingga 2.2 juta tong sehari, tujuh peratus daripada kuota pengeluarannya.
Menteri-menteri 13 ahli pertubuhan itu bermesyuarat di Oran, Algeria, bersetuju mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk meningkatkan harga pasaran, yang telah jatuh daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM507.15) Julai lalu, ekoran permintaan menurun kerana kelembapan ekonomi global.
Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan, OPEC telah mengurangkan pengeluaran dan merupakan pengurangan terbesar sejak pertubuhan itu memperkenalkan kuota pengeluaran pada 1982.
Sebelum pengurangan terbaru ini, sasaran pengeluaran harian OPEC adalah 27.3 juta tong, tetapi penganalisis berkata, pertubuhan itu telah mengeluarkan lebih daripada kuota kerana sesetengah ahli ingin meningkatkan pendapatan.
Penganalisis mempersoalkan sama ada perkembangan terbaru ini akan mencukupi berbanding penurunan mendadak permintaan dengan negara-negara industri utama seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun yang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
Sementara negara-negara lain seperti China mengalami kelembapan pertumbuhan mendadak.
Harga minyak jatuh, walaupun dolar mencatatkan rekod kejatuhan, sehari selepas Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar asas pinjamannya kepada kosong peratus.
Kelemahan dolar mengakibatkan harga minyak mentah jatuh kerana pembeli menggunakan mata wang yang murah. - AFP

utusan today.........

Rabu, Disember 17, 2008

Nasir P.Ramlee meninggal dunia

17/12/2008 7:15pm

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pelakon Nasir P. Ramlee, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini akibat sakit jantung dan kencing manis.

Allahyarham yang juga anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan isteri pertamanya Junaidah itu meninggal dunia di HKL kira-kira pukul 5 petang.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Setapak di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, esok.

Filem terakhir lakonan Allahyarham ialah Budak Lapok yang dihasilkan pada tahun 2007. - Utusan


AL-FATIHAH..........

TIPS UTK HILANGKAN STRESS



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.


slm dr kghorlimbong

artikel dr saudara ARYLL putrajingga

TAHUN BARU....AZAM PUN BARU,,,,,,,,,

slm sumer pembaca blog sy.....moga sihat dlm lindungan Allah hendaknya...aikkkk mcm tulis surat la plak....

pejam celik pejam celik...lg 2 minggu nk 2009.....copek bona maso berlalu...so dah ada azam baru ker....kita ni dok berazam jer,tapi tang nk buat n melaksana kan tu mslh ckit...so mcm mano tu...tlg bg inspirasi n motivasi ckit kt sy ni......

TLG BG IDEA2 YG BAGUIHHHH KT SY YER WAHAI KWN2....KITA SHARING LAH MANA TAU KITA BOLEH MAJU N MAJU N MAJU KE DEPAN...SAPA TAU....

TLG YER.........KOMEN DAN NASIHAT ANDA DI PERLUKAN(WAJIB)


SLM DR KEGHORLIMBONG

Selasa, Disember 16, 2008

Fahami Konsep Rezeki

  • Sembahyang Dhua Pembuka Rezeki
  • Sadaqah Pembuka Rezeki
  • Istighfar & Taubat Menambah Rezeki
  • Bertakwalah, Rezeki Datang
  • Jangan Lupa Bertawakkal
  • Pembuka Rezeki Yang Lain
  • Dunia Bagaikan Air Laut
  • Lihat Kembali Jika DiRompak 2 Kali
  • Usaha Disini Yang Dapat Di Sana

Merancang Kewangan

Rancanglah Kewangan Anda
Kewangan Kita Berterabur
Merancang Kewangan Anda
Rancanglah Kewangan Anda
Simpan Dulu Baru Belanja
Nasihat Nasihat Azizi Ali
Salahkah Menjadi Kaya
Bila Suami Dapat Durian Runtuh
Reserve Reserve
Zakatlah Sebelum Anda Dizakatkan
Beberapa Ide Mengenai Wang
Makan Dulu Sebelum Shopping
Pasangan Anda High Maintenance
Lagi Besar Exos Lagi Besar Ego




Isnin, Disember 15, 2008

DIVIDEN ASB-8.75%......SYUKUR

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2008, sebanyak 8.75 sen. - Utusan

7 sen Dividen
1.75 sen Bonus

minyak Turun lagi....alhamdulillah

Minyak turun lagi 10 sen.

15/12/2008 5:19pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. - Utusan

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif - 11 Januari 2009 Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi

Posted by keghorlimbong

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif

Tarikh : 11 Januari 2009 @ Ahad


Masa : 9.30pagi - 2ptg (Peserta di kehendaki berada di lokasi pada jam 9.30pagi)
Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Penceramah : En. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah


Yuran : RM 50 seorang (SEBELUM 31 DISEMBER 2008)
RM 60 seorang (SELEPAS 31 DISEMBER 2008)

Jamuan ringan di sediakan.

Daftar sekarang! Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 31 DIS 2008.

Emelkan maklumat anda ke keghorl@yahoo.com atau SMS ke 013-3990339 seperti berikut :
Nama, Emel dan No. Tel yang boleh di hubungi.

KUNCI 7-MULAKAN TABUNGAN

Mengapa anda menabung? Apa tujuan anda menabung?

Jawapannya, anda sendiri sudah tahu iaitu untuk
menunaikan impian dan kesenangan pada masa
hadapan.

Tetapi, berapa ramaikah yang benar-benar menyimpan
atau menabung wang setiap bulan? Tidak ramai dan ia
boleh dikira dengan jari...

Mahu atau tidak, anda mesti menyimpan / menabung.
Tidak kira dengan apa cara sekalipun, anda mesti
menabung walaupun jumlahnya agak kecil.

Untuk jangka masa panjang, jumlah yang kecil itu
akan bertambah berlipat kali ganda di tambah lagi
dengan faedah kompaun yang diberikan oleh
pihak bank!

Untuk peringkat permulaan, mungkin anda tidak
akan nampak kesannya, tetapi selepas beberapa
bulan anda pasti teruja dengan wang simpanan anda
yang semakin bertambah!

Anda boleh menyimpan dengan membuat arahan tetap,
auto debit, potongan gaji / majikan dan sebagainya.

Pernahkah anda membaca buku Hajah Rohani? Cuba
lihat tajuknya :

"........ Cukup Wang, Hati Tenang"

Ayat yang simple tapi penuh bermakna. Apabila anda
mempunyai wang yang cukup, tentu anda tidak akan
berasa gusar dan risau lagi. Sudah tentulah hidup anda
akan lebih tenang...!

Jom mulakan tabungan anda hari ini...!SERTAILAH WOKSYOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KOMPREHENSIF.......memang terkesan dan anda boleh belajar menabung....dan tabungan anda memang anda tidak terfikir yang anda akan boleh membuat simpanan sebanyak itu dalam sebulan.......berubah la demi masa depan...





Sekian.
Terima kasih.KEGHORLIMBONG

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Mitos Kekayaan Rakyat Malaysia

slm sume......lamo den menyopi....cuti seminggu dok kampong....kiro ehh melawat kawasan....da lama x update blog ni....ni ada buah tangan dari cetusan pakdi untuk di baca....kalo d baca mmg terkesan dlm hati.....



Anda ingin jadi kaya?

Sesiapa sahaja mahu menjadi kaya termasuklah
saya. Tetapi.. satu perkara yang anda harus
ingat, ia bukanlah mudah untuk diperolehi...

Beberapa mitos mengenai kekayaan di kalangan
rakyat Malaysia menjadi "trend" setiap orang
yang ingin menjadi kaya!


1. Wang tidak pernah cukup, jadi kena berusaha
untuk mendapatkannya!

Mitos ini salah! Wang akan cukup jika anda pandai
mengatur dan menguruskannya. Cuba anda cari jalan
bagaimana menggunakan wang tersebut dengan betul.

Tentukan keperluan utama anda terelebih dahulu. Anda
perlu pastikan setiap sen wang yang keluar dari
poket anda adalah berbaloi.

Sekiranya benar-benar tidak cukup, barulah anda
cari sumber kewangan yang lain seperti membina
perniagaan internet....


2. Wang mampu memenuhi semua keinginan anda!

Ini juga salah! Tidak semua perkara anda boleh beli
dengan wang ringgit. Kebahagiaan tidak boleh dinilai
dengan wang tetapi dinilai dari segi kejujuran
dan keikhlasan.

Namun, soal harta benda memang benar anda boleh
dapat apa sahaja jika ada wang.


3. Untuk menjadi kaya, perlu pendidikan tinggi!

Ini ada benarnya! Memiliki pendidikan tinggi mampu
mencapai keperluan yang diinginkan termasuk kerjaya
dan wang.

Akan tetapi, bagi yang tidak mempunyai pendidikan yang
tinggi, anda juga mampu menjadi kaya asalkan anda bijak
mengatur dan mencari peluang yang ada di sekitar anda.


4. Gaji besar, tabungan juga besar!

Sebenarnya semua orang boleh menabung. Tidak kira anda
bergaji besar atau kecil. Bezanya ialah kesungguhan
anda untuk menabung.

Ada di antara anda bergaji RM3,000 sebulan tetapi
perbelanjaan bulanan sekitar RM2,900, dan lebih
daripada itu (termasuk hutang kad kredit).INI RASANYER SUMER DI ANTARA KITA...ITULAH YG KITA NAK UBAH

Apa yang penting ialah anda sanggup berusaha untuk
menyimpan wang.



Salam kebebasan kewangan DARI KEGHORLIMBONG

Khamis, Disember 04, 2008

BERGAYA TAPI PAPA......

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali bayar diri sendiri

Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja

Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad

Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. “Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja.”

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan

Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.


ARTIKEL DR PAKDI.......

Rabu, Disember 03, 2008

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif - 11 Januari 2009 Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi

Posted by keghorlimbong

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif

Tarikh : 11 Januari 2009 @ Ahad


Masa : 9.30pagi - 2ptg (Peserta di kehendaki berada di lokasi pada jam 9.30pagi)
Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Penceramah : En. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah


Yuran : RM 50 seorang (SEBELUM 31 DISEMBER 2008)
RM 60 seorang (SELEPAS 31 DISEMBER 2008)

Jamuan ringan di sediakan.

Daftar sekarang! Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 31 DIS 2008.

Emelkan maklumat anda ke keghorl@yahoo.com atau SMS ke 013-3990339 seperti berikut :
Nama, Emel dan No. Tel yang boleh di hubungi.

Selasa, Disember 02, 2008

Harga petrol, diesel turun lagi 10 sen

02/12/2008 5:30pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Harga runcit petrol dan diesel turun sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter, petrol RON92 pula dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. – Utusan.

PROMOSI DISEMBER 2008

Untuk makluman semua,


Biospray sudah lama berada di pasaran iaitu semenjak 2001 tapi ramai yg tdk mengetahui mengenainya dan apa yang saya faham product ini bermula di Sabah & Sarawak.

Utk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh membaca di blog ini atau temujanji dengan kami boleh di aturkan untuk penerangan dengan lebih lanjut lagi.HargaSekarang ini, pihak I-Linkage Sdn Bhd sedang membuat 2 promosi. Pakej yang menjadi pilihan ramai adalah pakej sigma entrepeneur iaitu dengan harga RM 1,688 anda akan mendapat :-

1. Starter kit - sebagai ahli
2. Biospray PLUS Colostrum Liquid/Biospray - 5 botol
3. FOC Biogrape seed - 1 kotak (FREE)
4. FOC Powerlink Booster - 3 kotak (FREE)


Selain itu, ahli baru akan mendapat faedah berikut :-

1. 6 Akaun Centre di gabungkan kepada 1 Akaun Centre.
2. Pembaharuan laman web RM38 utk kesemua 6 Akaun Centre.
3. Gabung pendapatan dari 6 akaun centre untuk mengira kelayakan sebagai Ambassador, President dan Lord President.
4. Pemilihan Skim Easy Payment menggunakan kad-kad kredit (12 bayaran ansuran) di ibupejabat KL dan ibupejabat Penang. Hanya sah untuk Public Bank, Maybank, Eon Bank dan AmBank.

Cara penggunaannya:-Sembur di bawah lidah pagi dan malam 3- 5 kali semburan (mengikut peringkat umur) di bawah lidah, kemam utk 2-3 minit dan telan.

Sebotol boleh di gunakan selama 2 - 3 bulan bergantung kepada penggunaannya. Dengan pembelian pakej ini, harga sebotol ialah RM 337.60 dan ianya boleh di gunakan utk tempoh 3 bulan, bermakna kos untuk sebulan hanyalah RM112.53 iaitu bersamaan dgn sRM3.75 Sehari. Lebih murah drpd harga rokok. Sesuai di gunakan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke atas untuk mengembalikan Human Growth Hormone(HGH) yang menurun apabila umur meningkat.


Untuk maklumat lanjut, hubungi 013-3990339

SALAM UNTUK KESIHATAN DIRI.......PIKIR2 KANLAH









SALAM PEMBACA BLOG INI..........FOTO DI ATAS ADALAH SALAH SATU CONTOH KABINET DAN WARDROBE YANG TELAH SIAP....JIKA ANDA BERMINAT SILALAH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0133990339........ SESIAPA YANG NAK MASUK RUMAH BARU TU BOLEH LA NAK BUAT.....REGE BOLEH RUNDING....


SIMPAN DULU BELANJA KEMUDIAN....

Salam Pembaca Blog KEGHORLIMBONG

Alhamdullilah, kita dapat bersua lagi kali ini dan saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dapat berkongsi idea melalui penulisan di blog ini…

Dalam saya menyampaikan ceramah dan taklimat kewangan kepada para peserta, saya dapati rata-rata kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan pengurusan kewangan yang biasa - biasa yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak berjaya dalam pengurusan kewangan mereka.
Ya, yang biasa-biasa dilakukan oleh ramai orang!
Dan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, maka hasilnya pun sama dengan apa yang diperolehi oleh kebanyakan orang.
Sudah, tentu anda pun tahu kebanyakan orang di luar sana terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius!
Kenapa anda ikut cara mereka jika anda tahu apa yang dilakukan itu tidak betul?
Saya tahu, anda sebenarnya tidak tahu apa yang anda lakukan itu sebenarnya tidak betul! Tetapi anda tiada pilihan lain lagi sebabnya anda tidak tahu bagaimana lagi caranya…
Baiklah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan ini, biar saya berkongsi dengan anda tip ini….Simpan Dahulu Sebelum Anda Berbelanja..
Ya, anda tentu pernah dengar( jika pernah la ) saranan bayar dahulu 10% untuk diri anda bukan? Konsep yang sama!
Tetapi saya ingin tegaskan kepada anda , jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu patuhi saranan ini.
Tanpanya anda mungkin tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik buat selamanya…
Mungkin ada di antara anda yang mula bertanya,
“Saya faham perlu disimpan 10%, tetapi mahu simpan di mana? “
Oh, maafkan saya, biar saya jelaskan secara terperinci di sini…

Simpanan 10% daripada pendapatan anda itu perlu disimpan dalam instrumen kewangan pelaburan jangka masa panjang yang mungkin boleh digunakan untuk persaraan anda suatu hari kelak.

Sudah tentulah tempat terbaik bagi mereka yang tiada kemahiran teknikal berkenaan pelaburan adalah melalui Unit Trust!

Ini kerana dalam jangka masa yang panjang pulangan daripada Unit Trust adalah lebih baik berbanding simpanan biasa mahu pun simpanan tetap!

Anda boleh pilih sama ada untuk memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh kerajaan seperti ASB, ASN, ASW dan sebagainya atau memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh pengurus swasta seperti Public Mutual..

Namun begitu, anda perlu tahu ciri dan perbezaan di antara dana yang diuruskan oleh PNB (kerajaan) dengan Public Mutual (pengurus dana swasta)…

Dana yang diuruskan PNB sebagai contoh ASB adalah dana Pendapatan manakala dana Public Ittikal yang diuruskan oleh Public Mutual pula adalah dana Pertumbuhan/Pengembangan Modal.

Apakah ciri yang membezakan keduanya lagi?



SALAM KEBEBASAN.....
artikel dr pemikirkaya.com

Kunci 6 : GUNAKAN APA YANG ADA SAJA

Pernah tak anda rasa gaji anda tidak pernah cukup? tentu pernah dan saya dulu semasa mula-mula bekerja pun terasa gaji tidak pernah cukup.Pada kebiasaannya, saya melihat rakan-rakan saya yang sering tidak cukup wang, mulalah berfikir untuk dapatkan pinjaman bank. Pinjam bank untuk tampung perbelanjaan harian. Berbaloi ker? Kalau lepas pinjam tapi tak dapat nak tampung perbelanjaan harian, tak kan nak pinjam lagi? Betul?Jadi, sebelum anda membuat pinjaman bank, pastikan anda merancang dengan baik.

Sebaik-baiknya fikirkan tentang masa depan sebelum terikat dengan hutang.Mungkin dalam jangka masa pendek anda tidak mempunyai masalah, tetapi untuk jangka masa panjang, ia merupakan titik tolak permulaan masalah hutang yang bakal berlarutan.Oleh itu, pastikan pinjaman bank tersebut membawa faedah dan penting kepada anda.

Bersambung kunci ketujuh pada email yang akan datang.

Sekian. Terima kasih.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Isnin, Disember 01, 2008

Kunci 5 : UBAH ASET JADI MODAL

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai
hal ini, elok jika saya menerangkan serba sedikit
mengenai aset dan liabiliti.

Aset merupakan harta hak milik anda seperti
rumah, kereta, saham dan sebagainya.

Liabiliti pula ialah jumlah tanggungan yang perlu
anda bayar (tanggung) pada setiap bulan seperti
hutang kereta, rumah, hutang pinjaman peribadi
dan banyak lagi contoh lain.

Apa yang dimaksudkan dengan "Ubah Aset
Jadi Modal"? Begini, sekiranya anda mempunyai
hutang yang banyak (jumlah liabiliti melebihi
jumlah aset), anda disarankan untuk
menjual aset yang ada untuk melunaskan
hutang tersebut.

Akan tetapi, cara ini hanya perlu dilakukan
sekiranya anda tiada cara yang lain untuk
membayar hutang yang tertunggak.

Tiada gunanya anda memiliki aset yang banyak
tetapi tidak mampu menanggung liabiliti yang
semakin bertambah setiap bulan, malah bayaran
bulanan pun dah "tersangkut" beberapa bulan.

Jadi, jual aset anda, dan gunakan ia sebagai
modal untuk melunaskan segala hutang
anda.

Cukup setakat hari ini.

Terima kasih.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Solat senaman paling berkesan

KEPUTUSAN majlis fatwa kebangsaan akhir-akhir ini berkenaan pengharaman yoga telah menarik perhatian orang ramai khususnya umat Islam. Pengharaman tersebut berkait rapat dengan bacaan mentera dan konsep menyatukan diri dengan tuhan yang terdapat dalam amalan yoga secara sistematik yang boleh menggugat aqidah umat Islam. Amalan yoga yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan dan memberi ketenangan fikiran kepada pengamalnya melalui pergerakan dan kawalan pernafasan tertentu.

Persoalannya apakah perlunya senaman ini dan sejauh mana kebaikannya kepada pengamalnya terutama bagi umat Islam? Jika dikatakan senaman ini dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan merupakan senaman yang ideal bagi pengamalnya, umat Islam telahpun dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta senaman yang jauh lebih canggih dan ideal iaitu solat.

Hasil kajian sains telah membuktikan solat boleh bertindak sebagai terapi dan senaman yang berkesan bagi merehatkan tubuh badan, melancarkan pernafasan serta aliran darah dan oksigen ke otak ketika sujud yang tidak terdapat dalam amalan senaman lain. Justeru, adalah tidak menjadi keperluan untuk umat Islam yang menjalankan kewajipan solat lima kali sehari untuk bersusah-payah mencari senaman alternatif lain seperti yoga.

Sekiranya ketenangan fikiran yang dicari, solat dan amalan zikir harian adalah lebih terbukti keberkesanannya berbanding kemungkinan yang boleh diperoleh dari amalan yoga. Banyak fakta-fakta menunjukkan betapa ramai cendekiawan, bangsawan, hartawan telah berjaya mendapat ketenangan yang dicari-cari melalui solat, zikir dan sebagainya yang tidak dikecapi oleh mereka selama ini meskipun dilimpahi dengan segala kemewahan dunia dan amalan-amalan spiritual yang lain. Selain itu, untuk memperoleh tubuh badan yang sentiasa sihat, amalan kesederhanaan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat juga penting mana ia bertindak sebagai penawar dan pencegah bagi segala masalah kesihatan untuk umat Islam.

Sejarah juga menunjukkan umat Islam ketika zaman baginda s.a.w adalah bebas daripada masalah kesihatan dan keadaan tersebut ternyata mendatangkan kehairanan dan takjub kepada para tabib dan pengamal perubatan ketika itu. Ketika ditanya apakah rahsia amalan mereka ketika itu, baginda s.a.w menjawab "Kami umat yang hanya makan apabila terasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang". Ternyata dengan amalan sedemikian dan ditambah lagi dengan kepatuhan umat Islam menjalankan tanggungjawab dengan mendirikan solat, puasa dan amalan zikir harian, sesungguhnya ia kombinasi terbaik bagi umat Islam untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dan dalam masa yang sama memperoleh ketenangan yang dicari. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mencari alternatif lain seperti amalan yoga yang belum tentu tahap keberkesanannya dan kemungkinan boleh menggugat aqidah pengamalnya.


slm sume.......keghorlimbong

utusanmlaysia2008