Isnin, November 17, 2008

Kunci 3 : BERFIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI

Selalunya, sebelum anda membeli sesuatu barang tidak kira barang keperluan atau pun tidak, apa yang anda buat? Sesetengah dari anda, ada membuat cacatan barang apa yang perlu di beli. Itu sudah cukup bagus kerana anda tahu apa yang hendak dibeli.tetapi....Pernahkan anda berfikir, patutkah barang tersebut anda beli? Baik, anda perlu pertimbangkan beberapa soalan di bawah sebelum membeli sesuatu barang. Berikut soalan tersebut :
1. Apakah barang tersebut mempunyai kepentingan?
2. Apakah anda perlu beli hari ini atau pada masa akan datang?
3. Adakah kos baik pulih barang ini mahal?
4. Adakah barang ini betul-betul perlu dan anda tidak boleh hidup tanpanya?
Jika jawapan anda YA (kecuali No.3 - TIDAK),anda boleh membuat keputusan untuk membeli barang tersebut. tetapi sekiranya jawapan anda majoriti adalah TIDAK, keluarkan barang tersebut dari senarai anda.Semoga tips kali ini dapat membantu anda di dalam menguruskan perbelanjaan.
Terima kasih.
p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.
Salam kebebasan kewangan,

Tiada ulasan: