Jumaat, Oktober 02, 2009

http://www.panduanclickbank.com/index.php?ref=keghorl

Selasa, Ogos 11, 2009

SOLAT DUHA.......AMALAN MURAH REZEKI

Hari ini ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan merasakan rezeki mereka terlalu sempit.

Maka kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua satu amalan kejiwaan dan kerohanian yang boleh dilaksanakan untuk melapangkan dan memudahkan rezeki anda semua! InsyaAllah…

Tetapi suatu perkara yang harus diingat, ianya juga haruslah disusuli dengan ikhtiar dan usaha..

Jadi apakah amalan tersebut?

Amalan tersebut adalah Solat dhuha..

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Dipetik dan diolah semula hasil tulisan saudara MOHD. ALI MUHAMAD DON, PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.SO

Selasa, Julai 07, 2009

TIP BERHENTI MEROKOK

l Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda.Perasaan mahu berhenti merokok akan menjadi lebih mudah dengan sokongan serta galakan mereka.

l Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok

l Belajar menolak tawaran orang lain untuk merokok. Jauhi orang yang sedang merokok

l Tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok.

Kuatkan semangat anda. Jangan mudah menyerah kalah

l Minum lebih banyak air, elakkan minuman keras, kopi dan lain-lain minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok

l Makan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan

l Libatkan diri dengan hobi atau kegiatan luar seperti berenang, berjalan, joging dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang.

Selasa, Mei 26, 2009

KELEBIHAN DAN GUNANYA OVERDRAFT

Tujuannya ialah untuk membayar hutang-hutang anda, guna untuk
perbelanjaan harian anda dan segala perbelanjaan lain. Ia dapat
mengurangkan kadar faedah hutang anda. Contohnya begini :

-
Jumlah duit Overdraft bank anda ialah RM47,500 dan masih belum
dikenakan interest kerana anda belum menggunakan duit overdraft
tersebut. Kadar faedah 6.75% setahun atau 0.018% sehari.

Anda mengeluarkan RM1,000 untuk membayar semua hutang kad kredit anda
yang kadar faedahnya 15% setahun. Tarikh matang ialah contoh 20hb
pada bulan tersebut. Anda dapat gaji Rm1,500 pada 25hb yang mana
RM1,000 disimpan dalam Overdraft. Ini bermakna anda telah menggunakan
duit Overdraft sebanyak RM1,000 selama 5 hari. Jumlah faedah yang
dikenakan ialah :

Rm1,000 x 6.75% / 365 hari = RM0.18 sehari
RM0.18 x 5 hari = RM0.93 sahaja.

Jika tidak menggunakan teknik ini, anda perlu menanggung hutang
kad kredit dengan kadar faedah 15% setahun atau RM150! Itu tidak
termasuk caj dan denda sekiranya anda lewat membayar!
-

Ahad, Mei 03, 2009

PETUA IMAM SYAFIE..4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan



1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas





Empat perkara melemahkan badan



1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan bahan yang masam







Empat perkara menajamkan Mata



1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih







Empat perkara merosakkan Mata



1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat







Empat perkara menajamkan fikiran



1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama





4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.





2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.





3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.





4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Khamis, April 23, 2009

DOA MOHON DICUKUPKAN KEPERLUAN

Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)

Keterangan ayat

Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT.

Isnin, April 06, 2009

TIP MENABUNG PALING PANTAS

Mungkin selama ini anda terlalu boros sehingga langsung tidak mempunyai sebarang simpanan. Baru awal bulan, gaji sudah tinggal beberapa ratus sahaja, jadi mana mungkin anda dapat menyimpan. Namun anda boleh melakukan beberapa tindakan drastik untuk menyimpan. Berikut beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan.


1. Hapuskan penggunaan kad kredit.

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan mengurangkan tabungan secara drastik. Sebahagian besar dari kita tidak berdisiplin ketika menggunakan kad kredit dan membuang ratusan ringgit untuk membayar bunga dan pembiayaan kad kredit setiap tahun. Tanpa anda sedari, anda sebenarnya boleh bercuti dari wang bunga atau faedah yang anda bayar kepada pihak bank yang memberikan kemudahan kredit. Bukan tidak boleh menggunakan kad kredit tetapi cara yang paling efektif ialah dengan menjelaskan hutang setiap bulan. Namun anda harus berdisiplin ketika melunaskan hutang setiap bulan, tepat pada waktunya dan berbelanja melebihi had maksimum. Buatlah suatu perancangan: Tetapkan sasaran berapa yang anda bayar setiap bulan, pastikan anda turut menyimpan wang untuk tabungan dan jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.


2. Berjimat belanja harian.

Ingin makan enak ala restoren dan murah. Cuba rencanakan menu makan anda sebelum pergi berbelanja setiap minggu. Masaklah sendiri makanan anda. Hadkan makan di restoren.


3. Asingkan wang kecil.

Pepatah mengatakan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Anda mungkin sering meletakkan wang syiling di merata tempat tanpa memikirkan bahawa jika wang syiling itu dikumpulkan dalam satu bekas khas maka jumlahnya boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit. Oleh itu jangan pandang sebelah mata wang syiling anda. Tiada wang syiling, tiadalah wang ringgit.


4. Cari pendapatan tambahan.

Cari kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan, mungkin ada hobi anda yang ternyata dapat menghasilkan wang. Dengan cara ini anda dapat menambah jumlah tabungan anda.

STRATEGI URUS WANG PERLU BERKESAN

PENINGKATAN kos sara hidup masa kini menuntut semua pihak memikirkan strategi terbaik bagi menguruskan kewangan masing-masing. Kenaikan kos bahan bakar, tarif utiliti dan bahan keperluan harian telah mengakibatkan penyusutan kuasa beli pengguna. Penyesuaian dan penyelarasan bajet terpaksa dibuat setiap kali berlaku perubahan pada kos sara hidup.

Bagi kebanyakan isi rumah yang berpendapatan kecil dan sederhana, keadaan ini sangat perit untuk dihadapi. Pun begitu, ikhtiar dan jalan penyelesaian masih luas terbuka sekiranya seseorang itu rajin berusaha. Tambahan lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur di mana banyak peluang ekonomi boleh diceburi. Apa yang penting, usaha gigih dan strategi kewangan yang berkesan perlu diatur dan dilaksanakan.

Setiap individu terutamanya orang Melayu perlu bercita-cita untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Jihad ekonomi individu merupakan permulaan kepada jihad ekonomi bangsa dan negara. Berusaha gigih sahaja tidak memadai. Beberapa strategi tadbir kewangan yang baik mesti diambil.

Strategi pertama yang perlu difikirkan ialah cara untuk meningkatkan lagi pendapatan sedia ada. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat pekerjaan sambilan. Selagi pekerjaan sambilan ini tidak mengganggu produktiviti pekerjaan utama, tidak salah untuk seseorang itu menjalankannya.

Seterusnya, setiap peningkatan pendapatan yang diperoleh tidak wajar dibelanja habis. Perbelanjaan perlu dirancang dan matlamat tabungan mesti ditentukan serta disusun agar kehidupan masa hadapan menjadi lebih baik. Perbelanjaan hendaklah dibuat dengan berhemah. Berbelanja secara berhemah tidak bermaksud kita perlu menjadi kedekut. Kita dituntut untuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan pada masa yang sama tidak membazir dan berlebih-lebihan.

Perbelanjaan yang dirancang dan disusun dengan baik akan membolehkan kita menabung. Sejumlah wang perlu diperuntukkan bagi tujuan kecemasan. Selain itu, tabungan juga perlu dibuat untuk memenuhi matlamat kehidupan lain seperti untuk menunaikan haji, bagi pendidikan anak, pembelian rumah, melancong dan sebagainya.

STRATEGI

Berhutang pula perlulah dielakkan meskipun dalam kehidupan moden kini, kebanyakan kita biasanya tidak dapat lari daripada berhutang. Hutang yang banyak akan menjejaskan kecairan tunai pendapatan masa hadapan. Justeru, mempunyai strategi mengawal dan melunaskan hutang dengan efektif adalah sangat penting. Mengamalkan strategi kewangan yang bebas hutang adalah matlamat kewangan yang dapat menjadikan kehidupan lebih bebas dan ceria.

Perancangan kewangan juga perlu mengambil kira soal perlindungan harta kekayaan. Perlindungan insurans adalah penting agar kekayaan dibina tidak lenyap begitu sahaja apabila musibah yang tidak dijangka berlaku.

Selain itu, strategi pelaburan juga perlu ditentukan agar taraf ekonomi terus dipertingkatkan. Setiap pelaburan yang dibuat perlu mengambil kira tahap risiko yang sedia diambil. Biasanya, semakin tinggi risiko yang diambil, semakin tinggi juga pulangan yang bakal diperoleh. Perlu diingat bahawa aktiviti pelaburan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kekayaan seseorang. Disebabkan ia berisiko, apa yang lebih penting lagi ialah supaya kita tidak menjadi lebih miskin daripada keadaan sebelumnya apabila ghairah membuat pelaburan.

Semua strategi kewangan di atas perlu sentiasa dipantau agar matlamat kewangan yang digariskan akan dapat dicapai. Ke arah itu, perancangan rapi dan disiplin diri adalah sangat penting.