Ahad, Januari 11, 2009

AS hantar 3,000 tan peluru ke Israel

LONDON 10 Jan. - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tender untuk menyewa sebuah kapal dagang bagi mengangkut peluru ke Israel pada bulan ini.

Pentagon bagaimanapun menafikan penghantaran peluru tersebut ada kaitan dengan konflik di Genting Gaza.

Seorang jurucakap Pentagon berkata, peluru berkenaan adalah untuk simpanan stok peluru AS di Israel.

Tentera AS menyimpan stok senjata dan peluru di sesetengah negara bagi menghadapi kemungkinan bekalan diperlukan dalam tempoh singkat.

Menurut dokumen tender yang diperoleh oleh Reuters, tentera laut AS menyatakan kapal dagang yang hendak disewa itu dikehendaki membawa 325 kontena 20 kaki (6 meter) mengandungi apa yang disenaraikan sebagai "peluru."

"Penghantaran 3,000 tan peluru sekali gus adalah jumlah yang banyak.

"Permintaan seperti ini jarang dikeluarkan dan kami tidak melihat banyak sebut harga untuk tender sedemikian di pasaran sejak bertahun-tahun lalu," kata seorang broker.

Kapal tersebut dijadual melakukan dua pelayaran berasingan dari pelabuhan Astakos di Greece ke pelabuhan Ashdod di Israel dari pertengahan hingga hujung bulan ini.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Patrick Ryder berkata, beliau enggan mengulas mengenai laluan kapal atas sebab keselamatan tetapi mengesahkan penghantaran peluru ke Israel memang sudah dirancang sebelum ini.

"Kiriman yang sudah dijadualkan itu adalah urusan rutin dan bukan untuk menyokong kempen ketenteraan di Gaza," kata Ryder.

Sebuah syarikat perkapalan Jerman yang memenangi tender tersebut mengesahkannya tetapi enggan memberi maklumat lanjut.


PS=APALAH NAK JADI DGN DUNIA SEKARANG NI......DOA UNTUK RAKYAT PALESTINE...KENAPA JADI MCM NI.........SUBHANALAH..

Sabtu, Januari 10, 2009

KESIHATAN IBARAT KEKAYAAN.....


PENCEGAHAN penyakit sejak awal lagi boleh mengurangkan kos perbelanjaan perubatan.


RAMAI yang sibuk membincangkan tentang krisis ekonomi semasa dan bagaimana kesan kegawatan akan dirasai pada tahun-tahun mendatang.

Di seluruh dunia, syarikat perniagaan mengalami kesan kesempitan kredit manakala individu dan keluarga mereka pula mengkaji semula keutamaan kewangan masing-masing menyebabkan perbelanjaan isi rumah dikurangkan secara ketara, termasuk penjagaan kesihatan.

Dalam keadaan sukar seperti ini, perbelanjaan perlu diuruskan dengan teliti. Tetapi usaha menjimatkan kos kadangkala turut menjejaskan perbelanjaan kesihatan peribadi dan juga keluarga.

Antaranya mengurangkan perbelanjaan mencegah penyakit, membuat keputusan membeli ubat sendiri dan melengahkan keputusan berjumpa doktor apabila sakit.

Masalah kesihatan pesakit lazimnya dikesan pada peringkat lewat atau akhir, menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital serta mendapatkan rawatan perubatan yang berpanjangan dan serta-merta atau menjalani pembedahan besar.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Friend Provident and the Blood Pressure Association, Britain, kajian mendapati, bahawa 56 peratus daripada responden membeli makanan lebih murah sebagai langkah menjimatkan kos, 15 peratus telah mengurangkan perbelanjaan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan 21 peratus mengurangkan penggunaan gim akibat kegawatan ekonomi.

Tambahan lagi, 27 peratus daripada mereka semakin bimbang, 19 peratus kurang tidur, dan 15 peratus bekerja lebih panjang masa akibat tekanan ekonomi.

Satu lagi tinjauan oleh D2Hawkeye Inc., sebuah firma analisis data perubatan bagi pihak Wall Street Journal menunjukkan bahawa kemelesetan ekonomi telah menyebabkan sesetengah rakyat Amerika membatalkan polisi insurans mereka, dengan harapan mereka dapat menjimatkan premium mingguan untuk perbelanjaan seperti yuran sekolah anak-anak .

Menurut Indeks Keutamaan Membeli Pengguna MasterCard Worldwide yang dilaksanakan buat pertama kali, 70 peratus daripada pengguna rantau Asia Pasifik mengurangkan perbelanjaan budi bicara untuk tempoh 12 bulan akan datang. Makan minum dan hiburan (59 peratus) mendahului senarai, diikuti oleh fesyen dan aksesori (46 peratus), pendidikan kanak-kanak (44 peratus), dan pelancongan peribadi (42 peratus).

Hasil kajian juga mendapati bahawa 60 peratus daripada pengguna di rantau ini menghabiskan lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan peribadi mereka ke atas barangan budi bicara, dengan lebih 11 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sebelum ini membelanjakan lebih 40 peratus.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai yang membuat perubahan ketara terhadap gaya hidup dan amalan hidup akibat kemelesetan ekonomi.

Walaupun tindakan orang ramai menguruskan wang lebih bijak memastikan mereka tidak terlalu boros berbelanja, perkara yang dikhuatiri ialah dalam usaha menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik, masing-masing mengabaikan perkara asas mengenai kesihatan diri dan keluarga mereka seperti pemeriksaan perubatan berkala, pemvaksinan, mengambil makanan sihat dan meneruskan senaman.

Kita sepatutnya menjadikan keadaan ekonomi yang gawat sebagai dorongan untuk membuat perubahan positif kepada amalan gaya hidup tidak sihat. Antaranya merokok, minum arak makan terlalu banyak makanan tidak sihat dan berusaha memupuk tabiat yang memberi sumbangan positif kepada kesihatan.

Jaga kesihatan menerusi pencegahan

Pemvaksinan rutin, pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat awal.

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan kemujaraban ubat moden, banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.

Dengan mencegah kesakitan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira, seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup.


MASALAH kesihatan penyakit lazimnya dikesan pada peringkat akhir.


Penjagaan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang membawa kepada usia lebih panjang dan penyakit yang berkurangan.

Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan masalah kewangan.

Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak. Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh dicegah dan kerumitannya.

Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke semasa dengan kos pembedahan besar, kemoterapi, atau rawatan hospital jangka panjang.

Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu; wang yang sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman persaraan. Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.

Penyakit gaya hidup amat berleluasa dan merupakan faktor yang amat membebankan sistem penjagaan kesihatan kita. Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh meringankan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan kesihatan kita. Ini akan menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih berkaitan, berkesan dan termampu.

Bagaimanakah cara untuk membuat pelaburan penting ini? Tumpuan kepada enam perkara berikut:

*Pemeriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.

*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.

*Tidak menghisap rokok dan minum alkohol.

*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.

*Bersenam secara kerap.

*Menguruskan tekanan dengan bijak.

"Kesihatan itu harta yang paling berharga." - Virgil


P/S


Khamis, Januari 08, 2009

Bersatu untuk memboikot

SAYA sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah Palestin menyeru semua rakyat Malaysia bersatu memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat dan memohon kerjasama daripada media untuk senaraikan barangan dari negara berkenaan.

Hanya dengan cara ini kita mampu mengajar Israel dan Amerika Syarikat. Marilah kita sama-sama menyahut seruan boikot ini.

Sanggupkah kita melihat kanak-kanak kecil, wanita, orang awam dibunuh setiap hari?

Manusia jenis apakah Israel ini yang sanggup menyentap nyawa anak yang tidak berdosa setiap hari.

Marilah kita membantu rakyat Palestin dengan cara boikot barangan rejim Zionis dan sekutu mereka.

Malaysia diiktiraf miliki rejim mesra penghutang

SINGAPURA 7 Jan. - Malaysia disenaraikan berada di tangga keempat sebagai negara mempunyai rejim kebangkrapan paling mesra penghutang di rantau Asia Pasifik apabila pemiutang boleh mengharapkan untuk memperoleh semula lebih 80 sen bagi setiap dolar aset yang mereka terhutang.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Asian Banker Research (ABR) baru-baru ini, kes kebankrapan di Malaysia turut mengambil lebih dua tahun untuk dijelaskan.

Hasil kajian itu yang diumumkan hari ini menyatakan bahawa Singapura dan Jepun merupakan rejim kebangkrapan paling mesra penghutang di rantau Asia Pasifik di mana pemiutang boleh mengharapkan untuk mendapatkan semula lebih 90 sen bagi setiap dolar.

Taiwan di tempat ketiga dengan kadar perolehan semula yang sama dengan Malaysia.

ABR berkata, kebanyakan ekonomi sedang muncul di rantau ini masih perlu berusaha seperti China, India, Indonesia dan Vietnam di mana kadar perolehan semula adalah di bawah 50 peratus.

Pengurus kanan Asian Banker Research Dr Grace Liu berkata, sebahagian bidang kuasa masih mempunyai kelemahan dan kesamaran dalam sistem undang-undang mereka yang berkemungkinan terdedah dalam kelembapan sekarang kerana bilangan perniagaan yang berkembang di rantau Asia Pasifik menjadi tidak mampu membayar.

Kajian itu juga berkata, di India, perbicaraan kemuflisan mengambil purata masa tujuh tahun dan pemiutang memperoleh semula sekitar 10 sen dalam setiap dolar.

Di Filipina, Indonesia dan Taiwan, perbicaraan kemuflisan biasanya mengambil hampir enam tahun untuk selesai.

Sebaliknya, ia mengambil kurang daripada enam bulan secara purata untuk menyelesaikan perbicaraan kemuflisan di bawah regim di Singapura dan Australia, kata ABR.

Negara-negara ini bersama dengan Jepun dan Hong Kong, bukan sahaja di hadapan rakan mereka di rantau ini tetapi juga di kalangan peneraju seluruh dunia, tambah ABR.

Pembaharuan undang-undang yang paling mutakhir dan komprehensif berlaku di China apabila republik itu memperkenalkan Undang-undang Kemuflisan Syarikat pada Jun 2007 yang mengawal atur kes kemuflisan syarikat swasta dan memperkukuhkan kedudukan penghutang tempatan dan juga asing.

Bagaimanapun, China adalah antara beberapa negara Asia, seperti Malaysia dan Indonesia, di mana isu kemuflisan lebih cenderung diselesaikan di luar mahkamah, kata AB

Rabu, Januari 07, 2009

10 tanda lelaki sedia untuk komitmen

MEMASUKI tahun batu mungkin ada yang sudah berazam untuk menamatkan hubungan dengan teman lelaki atau wanita melalui ikatan pernikahan.
Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.
Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.

Beberapa Panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin

Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin. Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda

Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu

Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit

Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda

Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam. Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya. Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'

Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.
Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi

Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda. Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih

Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya. Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang

Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.


p/s-ini serba sikit panduan untuk kaum2 hawa untuk meneliti pasangan masing2..........camno tu.......kono pikir la weiiiii

SELAMAT BERFIKIR.........X YAH FIKIR SGT DO........DVDEN ASB KAN BANYAK

ABAH...BAGI BALIK TANGAN ITA......JATUH AIRMATA JANTAN AKU

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak
ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"

Katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.

Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah"
kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

CERPEN DARI BLOG...

http://hoobo.blogspot.com/

Sabtu, Januari 03, 2009

Kes denggi membimbangkan

PUTRAJAYA 2 Jan. - Kes jangkitan demam denggi di negara ini membimbangkan dengan 1,269 jangkitan baru dan dua kematian dilaporkan minggu lepas.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, kes jangkitan denggi yang dilaporkan adalah tinggi dan memerlukan perhatian daripada semua pihak termasuk ahli masyarakat.

"Untuk tempoh 21 hingga 27 Disember 2008, sebanyak 1,269 kes jangkitan dicatatkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 48,178 dengan 108 kematian.

"Jumlah jangkitan pada minggu lepas juga meningkat sebanyak sembilan kes berbanding minggu sebelumnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hassan berkata, sembilan negeri yang menunjukkan peningkatan dari segi median kes pada minggu lepas ialah Selangor sebanyak 184 peratus, Kedah (140 peratus), Putrajaya (100 peratus), Pulau Pinang (97 peratus), Negeri Sembilan (57 peratus), Terengganu (32 peratus), Pahang (32 peratus), Kelantan (enam peratus) dan Johor (dua peratus).

"Negeri-negeri ini menyumbang sebanyak 81 peratus daripada jumlah kes jangkitan demam denggi yang dilaporkan di negara ini sepanjang minggu lepas," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan mendapati 78 peratus premis yang positif pembiakan nyamuk aedes adalah di rumah kediaman atau kedai.

"Indeks pembiakan aedes didapati tinggi di kawasan tanah kosong, kilang, tanah perkuburan dan tempat pembuangan sampah," katanya.

Beliau juga kesal dengan sikap anggota masyarakat yang tidak memberi kerjasama yang baik kepada aktiviti penyemburan kabus yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kita hanya berjaya melakukan semburan di 68 peratus daripada 413,197 premis yang disasarkan kerana kekurangan kerjasama daripada orang ramai," katanya.

Tambahnya, sebanyak 213 kompaun bernilai RM32,800 dan 275 notis pembersihan turut dikeluarkan kepada penduduk yang gagal menjaga kebersihan premis sehingga membawa kepada pembiakan nyamuk.


utusan

IF I AM RICH . . .!!!


I will buy Moonlight

http://www.worth1000.com/view.asp?entry=213393&display=photoshop

My bedroom will have a window which can look for the world



M
http://www.worth1000.com/view.asp?entry=213203&display=photoshop




My pretty servant always ready


http://www.worth1000.com/view.asp?entry=213219&display=photoshop




MY GLASS MADE ONLY BY ORIGINAL DIAMOND



http://www.worth1000.com/view.asp?entry=213402&display=photoshop





IF I HAVE TIME, I WILL PLAY GOLF ON THE BOAT

http://www.worth1000.com/register.asp



MY SECURITY FOR 24 HOURS

http://www.worth1000.com/view.asp?entry=130365&display=photoshop


ONLY SPRING WATER FROM THE HIMALAYAS TO FLUSH MY TOILET


http://www.worth1000.com/view.asp?entry=130344&display=photoshop
O



TOILET PAPER



http://www.worth1000.com/view.asp?entry=130532&display=photoshop


MY SWIMMING POOL CAN ONLY FILL IN WITH EXPENSIVE PERFUME


http://www.worth1000.com/register.asp



ONLY A PROFESSIONAL CAN WASH MY CAR WHICH WAS GOLD PLATED


http://www..worth1000.com/view.asp?entry=130236&display=photoshop


MY LAPTOP WITH DIAMOND EDGING AND HAS Intel Pentium IX WITH RAM 30 Gigabite
.
http://www.worth1000.com/view.asp?entry=255526&display=photoshop

MY TRAVELING CAR


http://www.worth1000.com/view.asp?entry=255494&display=photoshop

MY HOLIDAY HOUSE



http://www.worth1000.com/register.asp


OK, ENOUGH OF DREAMING!!!

GET BACK TO WORK NOW!

SATU PRODUK KESIHATAN YANG PALING NGETOP

Apakah BioSpray dan dari manakah ia dihasilkan?

Apakah BioSpray dan dari manakah ia dihasilkan?
BioSpray merupakan formula hasil kajian 100% produk semulajadi yang didapati dari Amerika Syarikat selepas beberapa tahun kajian dilakukan. Ia merupakan makanan tambahan Hormon Tumbesaran Manusia (HTM atau HGH-Human Growth Hormon) yang unggul di pasaran. Produk ini membantu tubuh kita merembes HTM dengan semulajadi. Lebih daripada 28,000 hasil ujikaji klinikal dari seluruh dunia telah dilakukan dan keputusan berikut menunjukkan kebaikan HTM yang diperolehi :- Peningkatan sebanyak 8.8% jisim otot selepas 6 bulan, tanpa senaman. Pengurangan sebanyak 14.4% lemak selepas 6 bulan penggunaan tanpa mengamali program diet. Meningkatkan paras tenaga, merangsang daya seks. Mengembalikan saiz organ yang mula mengecut. Fungsi buah pinggang yang lebih baik. Merendahkan tekanan darah dan membaiki tahap kolestrol, meningkatkan HDL dan merendahkan LDL. Tulang yang lebih kuat : kulit lebih muda, lebih cekang dan tebal. Pemulihan luka pada kadar yang lebih cepat. Membaiki masalah dan pertumbuhan rambut. Menghapuskan kedut. Penglihatan yang lebih tajam. Mengawal emosi dan menguatkan daya ingatan. Menguatkan sistem imunisasi.

Biospray Plus Colostrum Liquid

BIOSPRAY PLUS COLOSTRUM LIQUID
Keremajaan bukan lagi satu Mitos

Satu produk yang mempunyai formulasi serupa dengan Biospray tetapi dengan penambahan kandungan khas iaitu cecair kolostrum.

Mengapa Cecair Kolostrum?

Kolostrum merupakan susu awal mamalia yang dihasilkan oleh ibu dalam 72 jam pertama selepas kelahiran. Disamping memberi kesan menggalakkan perembesan HGH, kolostrum juga mempunyai pelbagai kandungan khasiat yang tinggi seperti faktor imunisasi, faktor pertumbuhan, asid amino, mineral dan vitamin merupakan khasiat yang penting dalam mengawal kesihatan manusia.

Kebaikan BIOSPRAY & BIOSPRAY PLUS?

Berikut merupakan perubahan yang dijangka akan berlaku setelah menggunakan Biospray atau Biospray Plus. Terdapat faedah dalam jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.

Bulan 1 - Tidur lebih lena, badan lebih segar dan bertenaga
Mampu bertahan lama jika melakukan sebarang latihan fizikal.

Bulan 2 - Memperbaiki keregangan otot dan merendahkan kandungan lemak badan.
Sistem penghadaman yang lebih baik dan prestasi seksual meningkat.

Bulan 3 - Peningkatan keupayaan dan konsentrasi.
Pemulihan luka dan kesakitan yang lebih cepat.
Pengurangan simpton sebelum menstruasi dan semasa menopaus.
Menjadikan rambut kilau berseri

Bulan 4 - Waktu pembentukan semula sel-sel badan

Bulan 5 - Kulit lebih tegang dan elastik.
Tekanan darah dan aras kolestrol menurun.
Pengurangan dalam kandungan lemak badan.
Pengurangan pada kedutan kulit.

Bulan 6 - Otot yang lebih padat dan mampat.
Sistem keimunan yang lebih baik.
Ketahanan terhadap selsema serta penyakit lain.
Pertumbuhan rambut yang lebih banyak.
Peningkatan tenaga badan.

Grow Young With HGH

Grow Young With HGH
Hormon Tumbesaran Manusia (HGH) secara suntik telah digunakan berdekad lamanya oleh bintang-bintang Holywood dan juga atlit. Ia dibukti untuk menghentikan dan terbalikkan proses Penuaan. Walaubagaimanapun, kos purata USD2000 hingga USD5000 sebulan menyebabkan ramai yang tidak mampu memperolehinya. Sekarang adanya altenatif yang boleh menyebabkan kita memperoleh kesan-kesan setaraf tetapi dengan, TIADA risiko, tiada suntikan dan pada kos yang semua orang mampu. Dr. Ronald Klatz

Info

Fungsi organ manusia dan system endokrin beransur mundur apabila usia kita semakin meningkat. Kita akan menghadapi masalah tanda-tanda penuaan seperti kurang ketangkasan, beremosi, kekedutan kulit dan keupayaan seksual yang merosot. Kemerosotan rembesan Hormon Tumbesaran Manusia (HTM) pula turut mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, HTM merupakan hormon yang penting untuk menjamin kesihatan orang yang semakin tua.
StatCounter - Free Web Tracker and Counter StatCounter - Free Web Tracker and Counter

JASMANI....ROHANI.....SAMA PENTING..?

Mula dari pagi, Anda dah makan dan minum. Bermakna, jasmani Anda mendapat tenaga untuk berupaya mengharungi cabaran hidup pada hari ini.

Dalam sehari, Anda makan paling kurang 3 kali,termasuk minum petang dan makanan ringan yang Anda suapkan ke mulut.

Tapi, bagaimana dengan rohani Anda?

Anda asyik berikan jasmani Anda makanan untuk sentiasa bertenaga, sentiasa ada power. Jika rohani tidak diberikan tenaga, maka akan kurang power, bahkan semakin tak ada power.

Makanan rohani adalah kegembiraan yang lahir dari dalam hati. Untuk lebih jelas, makanan yang paling lazat baginya adalah zikir, doa, rasa kesyukuran dan taubat.

Anda, jika sedang sibuk berusaha membentuk diri menjadi insan cemerlang, perlu ingat untuk memberi makanan pada rohani Anda. Bila rohani sentiasa bertenaga, sentiasa ada power, Anda akan terasa kesannya.

Kegembiraan terpancar di wajah Anda. Anda akan rasa bahagia menjalani hidup sehari-hari di mana rasa cinta mengelilingi Anda dari pagi hari ini hingga ke petang esoknya. Tak akan ada tekanan, permasalahan, pertelingkahan.

Selain itu, Anda sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Tak kira apa yang Anda buat, misalnya baca buku, menaip, memasak, menjaga anak Anda atau menguruskan perniagaan, Anda melakukannya dengan penuh semangat, penuh iltizam.

Anda rasa ada keseronokan time buat semua tu. Rasa hepi saja. Itulah kesan jika rohani Anda cukup makanannya.

Tetapi, Anda akan kurang bersemangat bila Anda kurang memberi perhatian pada aspek rohani atau menganggap amalan berdoa, bersyukur dan meminta ampun pada Tuhan tu sesuatu yang remeh.

Kesan yang lebih ketara, Anda senang dihinggapi STRESS

Apa yang Anda usahakan akan selalu kurang berhasil walau sekuat manapun, serajin manapun Anda berusaha (kerana Anda tidak gembira!). Kemudian, masalah muncul satu persatu dalam hidup Anda. Contoh?

Anda akan mengalami masalah perhubungan, masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah dengan kawan-kawan atau masalah kewangan yang sangat teruk, bagaikan sumber rezeki Anda tiba-tiba jadi sangat sempit.

latest post by keghorlimbong 03012009