Selasa, Disember 30, 2008

BETAPA HEBATNYA CHIKUNGUNYA

Bersihkan persekitaran, hindar Chikungunya

CHIKUNGUNYA merupakan sejenis penyakit viral disebarkan menerusi jangkitan akibat gigitan nyamuk aedes yang turut membawa virus demam denggi dan demam kuning.

Penyebaran Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania, Afrika Timur pada 1953. Sejak itu, epidemik ini berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Bermula pada 2003, wabak ini telah berleluasa di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang semakin meningkat terutama selepas bencana tsunami pada Disember 2004.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di Klang, Selangor pada tahun 1998 dan tidak lama selepas itu turut membabitkan kawasan perumahan di Perak.

Katanya, meskipun jumlah kes Chikungunya semakin menurun di negara ini namun pihaknya masih meneruskan pemantauan secara berkala sebelum mengesahkan negara benar-benar bebas daripada penyakit itu.

Jumlah kes terkumpul sepanjang April sehingga minggu lalu adalah sebanyak 3,984 kes manakala sehingga 23 Disember lalu sebanyak 4,034 kes telah dicatatkan.

‘‘Kami menerima antara 100 hingga 150 laporan mengenai kes Chikungunya dalam seminggu dan minggu lalu dicatatkan 119 kes baru,’’ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Dr. Hassan, setiap kawasan perumahan di negara ini tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit Chikungunya kerana ia dibawa oleh dua jenis nyamuk iaitu Aedes Albopictus dan Aedes Aegypti yang turut menyebarkan virus demam denggi.

Penyakit demam Chikungunya merupakan penyakit endemik tercetus daripada virus Chikungunya jenis Genus Alphavirus dalam keluarga Toganiridae.

Terdapat dua jenis trend virus jangkitan Chikungunya iaitu Afrika Barat dan Afrika Selatan. Kedua-dua jenis rantaian virus ini mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk mengeram.

Setelah itu barulah simptom penyakit mula menyerang pesakit kira-kira tiga hingga 10 hari manakala tempoh pemulihan pula memakan masa seminggu lagi.

‘‘Pesakit lazimnya tidak akan mengalami sebarang perubahan pada minggu pertama virus itu mengeram namun selepas itu mereka akan mula demam, ruam dan sakit badan apabila virus itu mula menyerang.

‘‘Pada waktu ini juga, antibodi badan akan mula bertindak untuk melawan virus berkenaan sebelum bermulanya proses pemulihan,’’ jelas beliau.

Simptom virus Chikungunya boleh disalah anggap dengan manifestasi klinikal menyerupai virus denggi antaranya:

1.Demam panas mengejut sehingga 39 darjah Celsius.

2.Sakit teruk pada sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

3.Ruam pada kaki, tangan dan badan,

4.Sakit kepala berserta demam (antara satu hingga tujuh hari, kebiasaannya lima hari).

5.Insomnia.

6.Kesejukan, menggigil.

7.Kurang selera makan.

8.Perut meragam.

9.Mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Seperti penyakit arbovirus lain, jangkitan Chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Sehingga kini, belum ada kes mengenai pendarahan atau kematian akibat Chikungunya pernah dilaporkan di Malaysia. Pun begitu, sesetengah pesakit biasanya mengalami gejala berpanjangan bergantung kepada usia pesakit berkenaan.

Contohnya, pesakit yang berumur boleh mengalami kesan kesakitan berulang terutama pada bahagian sendi sehingga beberapa bulan.

Seperti kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, Chikungunya tidak mempunyai rawatan khusus. Selalunya, rawatan akan diberikan mengikut simptom klinikal yang dialami oleh pesakit berkenaan.

Kebanyakan kes memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan tiada vaksin.

Walaubagaimanapun, orang ramai yang mengalami gejala penyakit ini digalakkan agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran.


artikel by utusan malaysia 30122008

Isnin, Disember 29, 2008

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

bnu Abas r.a menyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, insyaallah akan afiat.

Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?


Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.

  1. Buat duit ?
  2. Berapa duit ada ?

Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.

Income

  • Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
  • Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
  • Dapat dividen dari saham itu adalah income.
  • Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
  • Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.

Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …

  • Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
  • Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
  • Berapa banyak duit dalam ASB ?
  • Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?

Ia adalah

Aset

Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.

10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.

Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.

Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat

Aliran Tunai (Cashflow)

Ini adalah komponen yang paling penting.

Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.

Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit dalam tangan.

    RM 10,000 (pendapatan)
    -RM 11,000 (perbelanjaan)
    (RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.

Anda perlu jadikan ia begini

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)

Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.

Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.

RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)

Amalkan sampai mati.

Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.

Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.

RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)

Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.

Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.

Untuk bisnes pula

RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)

Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar. Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. Bukan cawangan lain ye..

Untuk saham

RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)

Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.

Pendapatan.Aset.Aliran tunai.

Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.

Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.

Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besar, jaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.

Amacam ?

Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?

Tambah pendapatan ?

Kawal aliran tunai ?

Atau kedua-duanya sekali ?

p.s. Zakat dikenakan ke atas pendapatan atau aset ?

p.p.s Cukai dikenakan ke atas aset atau pendapatan ?

Rabu, Disember 24, 2008

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji

Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

  • Duit rumah
  • Duit kereta
  • Bil air
  • Bil api
  • Bil internet
  • Bil telefon
  • Hutang bank
  • Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.

Kan Kan Kan Kan ?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah

Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?

Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

# 1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

  1. ASB
  2. Tabung Haji
  3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

  • 3 bulan perbelanjaan
  • 6 bulan perbelanjaan
  • 12 bulan perbelanjaan
  • 24 bulan perbelanjaan
  • 48 bulan perbelanjaan
  • 60 bulan perbelanjaan
  • 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.

# 2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.


artikel dr http://www.pakdi.my/

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430H BUAT SEMUA!!!!

Ingat untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Image hosting by Imageshack.us Image hosting by  Imageshack.us

Bacaan selepas solat Asar... Bacaan selepas solat Maghrib ..

post by limbong...24122008

Isnin, Disember 22, 2008

JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN....

Salam pembaca blog keghorlimbong.......

Saya percaya ramai yang mempunyai impian untuk mencapai apa sahaja keinginan mereka tetapi malangnya lebih ramai lagi yang membiarkan impian itu sekadar angan-angan…
Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini boleh dicapai jika sekiranya anda ada kesungguhan dan displin yang tinggi untuk mencapainya.
Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.


Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi saya memberikan sedikit panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Ikuti beberapa langakah berikut agar anda dapat melaksanakannya dengan lebih teratur.


Langkah #1

Libatkan seluruh ahli keluargaKetika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.

Langkah #2

Buat matlamat yang S.M.A.R.T.Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.

Langkah #3

Senaraikan keutamaan matlamat andaSenaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.

Langkah #4

Perancangan dan tindakanTentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.

Langkah #5

Pantau perkembangan andaPantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.

Langkah #6

TabahBuat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Ingat anda perlu mengikuti panduan dan langkah -langkah tersebut sekiranya anda ingin menjadikan impian anda satu kenyataan.

SALAM impian....22122008
thanks for blog http://pemikirkaya.com/

BERSUNGGUH SUNGGUH WALAU PAYAH

Salam buat pembaca KEGHORLIMBONG, moga makin bersemangat hendaknya.artikel ini dipetik di dalam blog http://www.imotivasi.com.....
di dalam blog ini penuh denagn kata perangsang,motivasi diri dan terkesan di hati para pembacanya.....di harap warga blog ini dpt manfaatkan apa yg ada di dlm artikel ini....syukran...


Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah.
Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah. Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan.


Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan dan bercuti sesuka hati selama mana yang Anda mahu.
Tidak perlu hairan mengapa orang-orang cemerlang yang dahagakan kejayaan sanggup bersungguh-sungguh walaupun payah, rajin gila!.


Mereka sudah tahu dari awal, kerja keras hari akan membuat mereka senang di hari esok, bukannya senang hari ini, bersuka ria hari ini tapi susah di hari esok. Anda dalam golongan yang mana satu?


Jangan mengeluh andai Anda bertembung dengan dugaan hebat.
Jangan mengeluh apabila apa yang Anda usahakan menemui kegagalan.
Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.

Masalah ramai orang adalah, mereka terus berhenti apabila menempuh kegagalan. Sebab itu, orang yang cemerlang cuma sedikit di antara kita, tak kira yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dalam kerjaya mahupun perniagaan.


Pasang niat di dalam hati, Anda mahu bersungguh-sungguh, walau sepayah manapun usaha yang perlu dicurahkan. Set dalam fikiran, Anda mahu mencapai matlamat dengan cara apa sekalipun, janji halal.


Tekad mahu berjaya mula dari hari ini juga… Bila kejayaan dalam genggaman, ia merupakan kenangan yang amat manis!

SLM DR KEGHORLIMBONG.....22122008

Jumaat, Disember 19, 2008

Pejabat koperasi diserbu



KUALA LUMPUR - Sebuah koperasi yang didakwa menjalankan skim cepat kaya kecoh semalam apabila pejabatnya yang terletak di Sentul diserbu oleh pelabur-pelaburnya yang menuntut supaya wang mereka dikembalikan.

Malah ada antara pelabur itu mengugut membuat laporan polis sekiranya wang mereka tidak dipulangkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Tinjauan ke premis koperasi terbabit mendapati pelabur-pelabur yang terlibat sudah mengunjungi pejabat tersebut sejak dari awal pagi bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan setelah berita mengenai koperasi itu disiarkan Kosmo! kelmarin.
Bagaimanapun, usaha wartawan Kosmo! untuk bertemu dengan pengurusan koperasi itu gagal apabila salah seorang daripada kakitangannya meminta supaya satu temu janji dibuat terlebih dahulu.

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan, tiga buah koperasi iaitu Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad di Kuala Lumpur serta Koperasi Taqwa Malaysia yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan didapati menawarkan skim cepat kaya.

Ekoran itu, ketiga-tiga koperasi terbabit digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa kelmarin setelah SKM mendapati ia melanggar Akta Koperasi 1993 kerana menyeleweng dan melakukan kesalahan menjejaskan kepentingan ahli.
Seorang mangsa, Abdullah Mohd. Shuib, 57, yang sudah melabur sebanyak RM20,000 sejak dua tahun lalu kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam skim ini, tidak sangka akhirnya duit hasil titik peluh saya kini lesap," kata pekerja syarikat swasta itu.
petikan dari akhbar kosmo..........
keghorlimbong.......masih tak serik2 lagi orang kita ni.........
SALAM KESEDARAN.....

Minyak di bawah AS$40 setong

SINGAPURA 18 Dis. - Harga minyak mentah dunia didagangkan di bawah paras AS$40 (RM138) setong hari ini kepada paras terendah sejak empat tahun, walaupun pengumuman Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran.
Pada dagangan tengah hari, kontrak utama New York minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Januari jatuh AS$0.41 (RM1.41) kepada AS$39.65 (RM136.79) setong.
Kontrak itu ditutup pada paras AS$40. 06 (RM138.20) setong, semalam di New York Mercantile Exchange, penurunan sebanyak AS$3.54 (RM12.21).
Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$0.38 (RM1.31) kepada AS$45.15 (RM155.76) selepas jatuh AS$1.12 (RM3.86) untuk ditutup pada paras AS$45.53 (RM157.07) semalam.
OPEC yang mengeluarkan 40 peratus minyak mentah dunia telah meluluskan cadangan pengurangan sehingga 2.2 juta tong sehari, tujuh peratus daripada kuota pengeluarannya.
Menteri-menteri 13 ahli pertubuhan itu bermesyuarat di Oran, Algeria, bersetuju mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk meningkatkan harga pasaran, yang telah jatuh daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM507.15) Julai lalu, ekoran permintaan menurun kerana kelembapan ekonomi global.
Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan, OPEC telah mengurangkan pengeluaran dan merupakan pengurangan terbesar sejak pertubuhan itu memperkenalkan kuota pengeluaran pada 1982.
Sebelum pengurangan terbaru ini, sasaran pengeluaran harian OPEC adalah 27.3 juta tong, tetapi penganalisis berkata, pertubuhan itu telah mengeluarkan lebih daripada kuota kerana sesetengah ahli ingin meningkatkan pendapatan.
Penganalisis mempersoalkan sama ada perkembangan terbaru ini akan mencukupi berbanding penurunan mendadak permintaan dengan negara-negara industri utama seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun yang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
Sementara negara-negara lain seperti China mengalami kelembapan pertumbuhan mendadak.
Harga minyak jatuh, walaupun dolar mencatatkan rekod kejatuhan, sehari selepas Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar asas pinjamannya kepada kosong peratus.
Kelemahan dolar mengakibatkan harga minyak mentah jatuh kerana pembeli menggunakan mata wang yang murah. - AFP

utusan today.........

Rabu, Disember 17, 2008

Nasir P.Ramlee meninggal dunia

17/12/2008 7:15pm

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pelakon Nasir P. Ramlee, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini akibat sakit jantung dan kencing manis.

Allahyarham yang juga anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan isteri pertamanya Junaidah itu meninggal dunia di HKL kira-kira pukul 5 petang.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Setapak di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, esok.

Filem terakhir lakonan Allahyarham ialah Budak Lapok yang dihasilkan pada tahun 2007. - Utusan


AL-FATIHAH..........

TIPS UTK HILANGKAN STRESS



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.


slm dr kghorlimbong

artikel dr saudara ARYLL putrajingga

TAHUN BARU....AZAM PUN BARU,,,,,,,,,

slm sumer pembaca blog sy.....moga sihat dlm lindungan Allah hendaknya...aikkkk mcm tulis surat la plak....

pejam celik pejam celik...lg 2 minggu nk 2009.....copek bona maso berlalu...so dah ada azam baru ker....kita ni dok berazam jer,tapi tang nk buat n melaksana kan tu mslh ckit...so mcm mano tu...tlg bg inspirasi n motivasi ckit kt sy ni......

TLG BG IDEA2 YG BAGUIHHHH KT SY YER WAHAI KWN2....KITA SHARING LAH MANA TAU KITA BOLEH MAJU N MAJU N MAJU KE DEPAN...SAPA TAU....

TLG YER.........KOMEN DAN NASIHAT ANDA DI PERLUKAN(WAJIB)


SLM DR KEGHORLIMBONG

Selasa, Disember 16, 2008

Fahami Konsep Rezeki

  • Sembahyang Dhua Pembuka Rezeki
  • Sadaqah Pembuka Rezeki
  • Istighfar & Taubat Menambah Rezeki
  • Bertakwalah, Rezeki Datang
  • Jangan Lupa Bertawakkal
  • Pembuka Rezeki Yang Lain
  • Dunia Bagaikan Air Laut
  • Lihat Kembali Jika DiRompak 2 Kali
  • Usaha Disini Yang Dapat Di Sana

Merancang Kewangan

Rancanglah Kewangan Anda
Kewangan Kita Berterabur
Merancang Kewangan Anda
Rancanglah Kewangan Anda
Simpan Dulu Baru Belanja
Nasihat Nasihat Azizi Ali
Salahkah Menjadi Kaya
Bila Suami Dapat Durian Runtuh
Reserve Reserve
Zakatlah Sebelum Anda Dizakatkan
Beberapa Ide Mengenai Wang
Makan Dulu Sebelum Shopping
Pasangan Anda High Maintenance
Lagi Besar Exos Lagi Besar Ego




Isnin, Disember 15, 2008

DIVIDEN ASB-8.75%......SYUKUR

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2008, sebanyak 8.75 sen. - Utusan

7 sen Dividen
1.75 sen Bonus

minyak Turun lagi....alhamdulillah

Minyak turun lagi 10 sen.

15/12/2008 5:19pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. - Utusan

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif - 11 Januari 2009 Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi

Posted by keghorlimbong

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif

Tarikh : 11 Januari 2009 @ Ahad


Masa : 9.30pagi - 2ptg (Peserta di kehendaki berada di lokasi pada jam 9.30pagi)
Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Penceramah : En. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah


Yuran : RM 50 seorang (SEBELUM 31 DISEMBER 2008)
RM 60 seorang (SELEPAS 31 DISEMBER 2008)

Jamuan ringan di sediakan.

Daftar sekarang! Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 31 DIS 2008.

Emelkan maklumat anda ke keghorl@yahoo.com atau SMS ke 013-3990339 seperti berikut :
Nama, Emel dan No. Tel yang boleh di hubungi.

KUNCI 7-MULAKAN TABUNGAN

Mengapa anda menabung? Apa tujuan anda menabung?

Jawapannya, anda sendiri sudah tahu iaitu untuk
menunaikan impian dan kesenangan pada masa
hadapan.

Tetapi, berapa ramaikah yang benar-benar menyimpan
atau menabung wang setiap bulan? Tidak ramai dan ia
boleh dikira dengan jari...

Mahu atau tidak, anda mesti menyimpan / menabung.
Tidak kira dengan apa cara sekalipun, anda mesti
menabung walaupun jumlahnya agak kecil.

Untuk jangka masa panjang, jumlah yang kecil itu
akan bertambah berlipat kali ganda di tambah lagi
dengan faedah kompaun yang diberikan oleh
pihak bank!

Untuk peringkat permulaan, mungkin anda tidak
akan nampak kesannya, tetapi selepas beberapa
bulan anda pasti teruja dengan wang simpanan anda
yang semakin bertambah!

Anda boleh menyimpan dengan membuat arahan tetap,
auto debit, potongan gaji / majikan dan sebagainya.

Pernahkah anda membaca buku Hajah Rohani? Cuba
lihat tajuknya :

"........ Cukup Wang, Hati Tenang"

Ayat yang simple tapi penuh bermakna. Apabila anda
mempunyai wang yang cukup, tentu anda tidak akan
berasa gusar dan risau lagi. Sudah tentulah hidup anda
akan lebih tenang...!

Jom mulakan tabungan anda hari ini...!SERTAILAH WOKSYOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KOMPREHENSIF.......memang terkesan dan anda boleh belajar menabung....dan tabungan anda memang anda tidak terfikir yang anda akan boleh membuat simpanan sebanyak itu dalam sebulan.......berubah la demi masa depan...





Sekian.
Terima kasih.KEGHORLIMBONG

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Mitos Kekayaan Rakyat Malaysia

slm sume......lamo den menyopi....cuti seminggu dok kampong....kiro ehh melawat kawasan....da lama x update blog ni....ni ada buah tangan dari cetusan pakdi untuk di baca....kalo d baca mmg terkesan dlm hati.....



Anda ingin jadi kaya?

Sesiapa sahaja mahu menjadi kaya termasuklah
saya. Tetapi.. satu perkara yang anda harus
ingat, ia bukanlah mudah untuk diperolehi...

Beberapa mitos mengenai kekayaan di kalangan
rakyat Malaysia menjadi "trend" setiap orang
yang ingin menjadi kaya!


1. Wang tidak pernah cukup, jadi kena berusaha
untuk mendapatkannya!

Mitos ini salah! Wang akan cukup jika anda pandai
mengatur dan menguruskannya. Cuba anda cari jalan
bagaimana menggunakan wang tersebut dengan betul.

Tentukan keperluan utama anda terelebih dahulu. Anda
perlu pastikan setiap sen wang yang keluar dari
poket anda adalah berbaloi.

Sekiranya benar-benar tidak cukup, barulah anda
cari sumber kewangan yang lain seperti membina
perniagaan internet....


2. Wang mampu memenuhi semua keinginan anda!

Ini juga salah! Tidak semua perkara anda boleh beli
dengan wang ringgit. Kebahagiaan tidak boleh dinilai
dengan wang tetapi dinilai dari segi kejujuran
dan keikhlasan.

Namun, soal harta benda memang benar anda boleh
dapat apa sahaja jika ada wang.


3. Untuk menjadi kaya, perlu pendidikan tinggi!

Ini ada benarnya! Memiliki pendidikan tinggi mampu
mencapai keperluan yang diinginkan termasuk kerjaya
dan wang.

Akan tetapi, bagi yang tidak mempunyai pendidikan yang
tinggi, anda juga mampu menjadi kaya asalkan anda bijak
mengatur dan mencari peluang yang ada di sekitar anda.


4. Gaji besar, tabungan juga besar!

Sebenarnya semua orang boleh menabung. Tidak kira anda
bergaji besar atau kecil. Bezanya ialah kesungguhan
anda untuk menabung.

Ada di antara anda bergaji RM3,000 sebulan tetapi
perbelanjaan bulanan sekitar RM2,900, dan lebih
daripada itu (termasuk hutang kad kredit).INI RASANYER SUMER DI ANTARA KITA...ITULAH YG KITA NAK UBAH

Apa yang penting ialah anda sanggup berusaha untuk
menyimpan wang.



Salam kebebasan kewangan DARI KEGHORLIMBONG

Khamis, Disember 04, 2008

BERGAYA TAPI PAPA......

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali bayar diri sendiri

Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja

Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad

Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. “Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja.”

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan

Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.


ARTIKEL DR PAKDI.......

Rabu, Disember 03, 2008

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif - 11 Januari 2009 Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi

Posted by keghorlimbong

Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif

Tarikh : 11 Januari 2009 @ Ahad


Masa : 9.30pagi - 2ptg (Peserta di kehendaki berada di lokasi pada jam 9.30pagi)
Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Penceramah : En. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah


Yuran : RM 50 seorang (SEBELUM 31 DISEMBER 2008)
RM 60 seorang (SELEPAS 31 DISEMBER 2008)

Jamuan ringan di sediakan.

Daftar sekarang! Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 31 DIS 2008.

Emelkan maklumat anda ke keghorl@yahoo.com atau SMS ke 013-3990339 seperti berikut :
Nama, Emel dan No. Tel yang boleh di hubungi.

Selasa, Disember 02, 2008

Harga petrol, diesel turun lagi 10 sen

02/12/2008 5:30pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Harga runcit petrol dan diesel turun sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter, petrol RON92 pula dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. – Utusan.

PROMOSI DISEMBER 2008

Untuk makluman semua,


Biospray sudah lama berada di pasaran iaitu semenjak 2001 tapi ramai yg tdk mengetahui mengenainya dan apa yang saya faham product ini bermula di Sabah & Sarawak.

Utk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh membaca di blog ini atau temujanji dengan kami boleh di aturkan untuk penerangan dengan lebih lanjut lagi.HargaSekarang ini, pihak I-Linkage Sdn Bhd sedang membuat 2 promosi. Pakej yang menjadi pilihan ramai adalah pakej sigma entrepeneur iaitu dengan harga RM 1,688 anda akan mendapat :-

1. Starter kit - sebagai ahli
2. Biospray PLUS Colostrum Liquid/Biospray - 5 botol
3. FOC Biogrape seed - 1 kotak (FREE)
4. FOC Powerlink Booster - 3 kotak (FREE)


Selain itu, ahli baru akan mendapat faedah berikut :-

1. 6 Akaun Centre di gabungkan kepada 1 Akaun Centre.
2. Pembaharuan laman web RM38 utk kesemua 6 Akaun Centre.
3. Gabung pendapatan dari 6 akaun centre untuk mengira kelayakan sebagai Ambassador, President dan Lord President.
4. Pemilihan Skim Easy Payment menggunakan kad-kad kredit (12 bayaran ansuran) di ibupejabat KL dan ibupejabat Penang. Hanya sah untuk Public Bank, Maybank, Eon Bank dan AmBank.

Cara penggunaannya:-Sembur di bawah lidah pagi dan malam 3- 5 kali semburan (mengikut peringkat umur) di bawah lidah, kemam utk 2-3 minit dan telan.

Sebotol boleh di gunakan selama 2 - 3 bulan bergantung kepada penggunaannya. Dengan pembelian pakej ini, harga sebotol ialah RM 337.60 dan ianya boleh di gunakan utk tempoh 3 bulan, bermakna kos untuk sebulan hanyalah RM112.53 iaitu bersamaan dgn sRM3.75 Sehari. Lebih murah drpd harga rokok. Sesuai di gunakan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke atas untuk mengembalikan Human Growth Hormone(HGH) yang menurun apabila umur meningkat.


Untuk maklumat lanjut, hubungi 013-3990339

SALAM UNTUK KESIHATAN DIRI.......PIKIR2 KANLAH









SALAM PEMBACA BLOG INI..........FOTO DI ATAS ADALAH SALAH SATU CONTOH KABINET DAN WARDROBE YANG TELAH SIAP....JIKA ANDA BERMINAT SILALAH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0133990339........ SESIAPA YANG NAK MASUK RUMAH BARU TU BOLEH LA NAK BUAT.....REGE BOLEH RUNDING....


SIMPAN DULU BELANJA KEMUDIAN....

Salam Pembaca Blog KEGHORLIMBONG

Alhamdullilah, kita dapat bersua lagi kali ini dan saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dapat berkongsi idea melalui penulisan di blog ini…

Dalam saya menyampaikan ceramah dan taklimat kewangan kepada para peserta, saya dapati rata-rata kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan pengurusan kewangan yang biasa - biasa yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak berjaya dalam pengurusan kewangan mereka.
Ya, yang biasa-biasa dilakukan oleh ramai orang!
Dan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, maka hasilnya pun sama dengan apa yang diperolehi oleh kebanyakan orang.
Sudah, tentu anda pun tahu kebanyakan orang di luar sana terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius!
Kenapa anda ikut cara mereka jika anda tahu apa yang dilakukan itu tidak betul?
Saya tahu, anda sebenarnya tidak tahu apa yang anda lakukan itu sebenarnya tidak betul! Tetapi anda tiada pilihan lain lagi sebabnya anda tidak tahu bagaimana lagi caranya…
Baiklah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan ini, biar saya berkongsi dengan anda tip ini….Simpan Dahulu Sebelum Anda Berbelanja..
Ya, anda tentu pernah dengar( jika pernah la ) saranan bayar dahulu 10% untuk diri anda bukan? Konsep yang sama!
Tetapi saya ingin tegaskan kepada anda , jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu patuhi saranan ini.
Tanpanya anda mungkin tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik buat selamanya…
Mungkin ada di antara anda yang mula bertanya,
“Saya faham perlu disimpan 10%, tetapi mahu simpan di mana? “
Oh, maafkan saya, biar saya jelaskan secara terperinci di sini…

Simpanan 10% daripada pendapatan anda itu perlu disimpan dalam instrumen kewangan pelaburan jangka masa panjang yang mungkin boleh digunakan untuk persaraan anda suatu hari kelak.

Sudah tentulah tempat terbaik bagi mereka yang tiada kemahiran teknikal berkenaan pelaburan adalah melalui Unit Trust!

Ini kerana dalam jangka masa yang panjang pulangan daripada Unit Trust adalah lebih baik berbanding simpanan biasa mahu pun simpanan tetap!

Anda boleh pilih sama ada untuk memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh kerajaan seperti ASB, ASN, ASW dan sebagainya atau memilih dana unit amanah yang diuruskan oleh pengurus swasta seperti Public Mutual..

Namun begitu, anda perlu tahu ciri dan perbezaan di antara dana yang diuruskan oleh PNB (kerajaan) dengan Public Mutual (pengurus dana swasta)…

Dana yang diuruskan PNB sebagai contoh ASB adalah dana Pendapatan manakala dana Public Ittikal yang diuruskan oleh Public Mutual pula adalah dana Pertumbuhan/Pengembangan Modal.

Apakah ciri yang membezakan keduanya lagi?



SALAM KEBEBASAN.....
artikel dr pemikirkaya.com

Kunci 6 : GUNAKAN APA YANG ADA SAJA

Pernah tak anda rasa gaji anda tidak pernah cukup? tentu pernah dan saya dulu semasa mula-mula bekerja pun terasa gaji tidak pernah cukup.Pada kebiasaannya, saya melihat rakan-rakan saya yang sering tidak cukup wang, mulalah berfikir untuk dapatkan pinjaman bank. Pinjam bank untuk tampung perbelanjaan harian. Berbaloi ker? Kalau lepas pinjam tapi tak dapat nak tampung perbelanjaan harian, tak kan nak pinjam lagi? Betul?Jadi, sebelum anda membuat pinjaman bank, pastikan anda merancang dengan baik.

Sebaik-baiknya fikirkan tentang masa depan sebelum terikat dengan hutang.Mungkin dalam jangka masa pendek anda tidak mempunyai masalah, tetapi untuk jangka masa panjang, ia merupakan titik tolak permulaan masalah hutang yang bakal berlarutan.Oleh itu, pastikan pinjaman bank tersebut membawa faedah dan penting kepada anda.

Bersambung kunci ketujuh pada email yang akan datang.

Sekian. Terima kasih.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Isnin, Disember 01, 2008

Kunci 5 : UBAH ASET JADI MODAL

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai
hal ini, elok jika saya menerangkan serba sedikit
mengenai aset dan liabiliti.

Aset merupakan harta hak milik anda seperti
rumah, kereta, saham dan sebagainya.

Liabiliti pula ialah jumlah tanggungan yang perlu
anda bayar (tanggung) pada setiap bulan seperti
hutang kereta, rumah, hutang pinjaman peribadi
dan banyak lagi contoh lain.

Apa yang dimaksudkan dengan "Ubah Aset
Jadi Modal"? Begini, sekiranya anda mempunyai
hutang yang banyak (jumlah liabiliti melebihi
jumlah aset), anda disarankan untuk
menjual aset yang ada untuk melunaskan
hutang tersebut.

Akan tetapi, cara ini hanya perlu dilakukan
sekiranya anda tiada cara yang lain untuk
membayar hutang yang tertunggak.

Tiada gunanya anda memiliki aset yang banyak
tetapi tidak mampu menanggung liabiliti yang
semakin bertambah setiap bulan, malah bayaran
bulanan pun dah "tersangkut" beberapa bulan.

Jadi, jual aset anda, dan gunakan ia sebagai
modal untuk melunaskan segala hutang
anda.

Cukup setakat hari ini.

Terima kasih.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Solat senaman paling berkesan

KEPUTUSAN majlis fatwa kebangsaan akhir-akhir ini berkenaan pengharaman yoga telah menarik perhatian orang ramai khususnya umat Islam. Pengharaman tersebut berkait rapat dengan bacaan mentera dan konsep menyatukan diri dengan tuhan yang terdapat dalam amalan yoga secara sistematik yang boleh menggugat aqidah umat Islam. Amalan yoga yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan dan memberi ketenangan fikiran kepada pengamalnya melalui pergerakan dan kawalan pernafasan tertentu.

Persoalannya apakah perlunya senaman ini dan sejauh mana kebaikannya kepada pengamalnya terutama bagi umat Islam? Jika dikatakan senaman ini dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan merupakan senaman yang ideal bagi pengamalnya, umat Islam telahpun dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta senaman yang jauh lebih canggih dan ideal iaitu solat.

Hasil kajian sains telah membuktikan solat boleh bertindak sebagai terapi dan senaman yang berkesan bagi merehatkan tubuh badan, melancarkan pernafasan serta aliran darah dan oksigen ke otak ketika sujud yang tidak terdapat dalam amalan senaman lain. Justeru, adalah tidak menjadi keperluan untuk umat Islam yang menjalankan kewajipan solat lima kali sehari untuk bersusah-payah mencari senaman alternatif lain seperti yoga.

Sekiranya ketenangan fikiran yang dicari, solat dan amalan zikir harian adalah lebih terbukti keberkesanannya berbanding kemungkinan yang boleh diperoleh dari amalan yoga. Banyak fakta-fakta menunjukkan betapa ramai cendekiawan, bangsawan, hartawan telah berjaya mendapat ketenangan yang dicari-cari melalui solat, zikir dan sebagainya yang tidak dikecapi oleh mereka selama ini meskipun dilimpahi dengan segala kemewahan dunia dan amalan-amalan spiritual yang lain. Selain itu, untuk memperoleh tubuh badan yang sentiasa sihat, amalan kesederhanaan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat juga penting mana ia bertindak sebagai penawar dan pencegah bagi segala masalah kesihatan untuk umat Islam.

Sejarah juga menunjukkan umat Islam ketika zaman baginda s.a.w adalah bebas daripada masalah kesihatan dan keadaan tersebut ternyata mendatangkan kehairanan dan takjub kepada para tabib dan pengamal perubatan ketika itu. Ketika ditanya apakah rahsia amalan mereka ketika itu, baginda s.a.w menjawab "Kami umat yang hanya makan apabila terasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang". Ternyata dengan amalan sedemikian dan ditambah lagi dengan kepatuhan umat Islam menjalankan tanggungjawab dengan mendirikan solat, puasa dan amalan zikir harian, sesungguhnya ia kombinasi terbaik bagi umat Islam untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dan dalam masa yang sama memperoleh ketenangan yang dicari. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mencari alternatif lain seperti amalan yoga yang belum tentu tahap keberkesanannya dan kemungkinan boleh menggugat aqidah pengamalnya.


slm sume.......keghorlimbong

utusanmlaysia2008

Jumaat, November 28, 2008

TERIMA KASIH BIOSPRAY-mazzura

salam sume pembaca blog keghorlimbong...sejak guna biospray ni rasa umur cam baru 20-an. bertenaga dan x penat walaupun kerja sampai petang dan mengadap cabaran di sekolah. balik masih boleh buat keje rumah, masak dan melayan kerenah 2 orang askar kecik kat rumah..kalau dulu badan rasa lesu aje kalau keje banyak.

dan yang paling penting saya dah lama x kena migrain dan pedih hulu hati. x larat beb menanggung migrain ni. siap muntah2 lagi..selang 2 3 hari sure kena. so la ni dah boleh minum nescafe dan minuman kegemaranku 'white coffe'. kalau x husband menjeling semacam je bila minum air berkafein tu. apa taknya dia yg akan jadi mangsa picit kepala saya kalau migrain datang.

satu lagi saya ni masalah alergi kulit. so ada kesan parut kat bawah dagu coz pakai brooch. x sampai sebulan guna saya xde masalah guna brooch lagi. malahan kesan parut da makin hilang. ada gak membe tegur muka lebih berseri berbanding sebelum ni. hehehe..
dulu kawasan bawah mata saya lebam. la ni dah agak berkurangan.

dan yg paling saya x sabar nak tunggu ialah kesan penurunan berat badan spt yg ramai dah alami. tp yg pastinya berat saya ada sikit turun dan x naik w/pun sume saya bedal. kena sabar skit le nak menghapuskan sume lemak tepu tu..huhuhu...itu saje yg dapat saya sharing setakat saya dah guna biospray selama sebulan lebih...


salam dr mazzura-HATI EMAZZ

Rabu, November 26, 2008

MANFAAT OD ASB(FINANCIAL PLANNING)

Peserta-peserta sebelum ini telah banyak mendapat manfaat selepas
menghadiri workshop pengurusan kewangan peribadi.
Ramai yang telah berjaya mencapai matlamat-matlamat yang ingin
mereka capai seperti berikut :-

1. Mampu membuat simpanan setiap bulan sekurang2nya 10% drpd
gaji mereka. Bukan itu sahaja ada yang boleh membuat simpanan
sehingga 100% drpd gaji mereka. Secara purata ramai yang telah
menyimpan 10% - 50% setiap bulan.

2. Mampu memiliki kereta baru di lingkungan kemampuan mereka membayar
ansuran bulanan.

3. Mampu memiliki rumah idaman mereka dan boleh menlangsaikan hutang rumah
mereka dalam masa 10 - 15 tahun.

4. Dapat membebaskan diri daripada hutang kredit kad, pinjaman peribadi dll hutang.

5. Menunaikan haji dan umrah.

6. Menyimpan untuk persaraan.

7. Dan pelbagai impian mereka.


ANDA BILA LAGI.....JGN DOK TUNGGU LAGI JANG......CEPATLAH MEROBAH HIDOP ANDA DARI HUTANG HUTANG YANG X PENAH LANGSAI....

HUBUNGI SAYA CEPAT 0133990339 @ EMEL keghorl@yahoo.com

slm kebebasan kewangan dari keghorl- hati emazz

8 BLN HIDUP DGN OD ASB(CF)

slm pembaca blog keghorlimbong............moga2 dlm lindungan allah selalu....bercerita ttg od asb ni 1 yg amat menyeronokan.....sy bermula dlm bln 3/2008 hinggalah sekarang...so far alhamdulillah w/pun adakalanya dtg jugak perasaan CEMAS N PANIK.....demi menruskan kelangsungan hidup dlm dunia yg penuh cabaran ni,sy gagah kan jugak buat od ni,ramai yg kata wat od ni rugi,blanje kena ikot kepentingan,pendek kata kena ikat perutlah.

satu je dalam buat od ni,kena disiplin yg mencecah 150%....anda pasti boleh...xpa mula2 mmg payah,pas 2-3 bln pasti boleh w/pun ada la terlebih blanjer....janji kita ada SAVING tiap2 bln yg mana selama ini kita x penah terpikir pon kita bole saving sebyk itu dlm 1 bln.....pikir2kanlah...perbelanjaan kewangan bg sy suami isteri w/pun x ikot sepenuhnyer apa yg di tetapkan tapi kami masih follow the rules.......oleh sbb itulah sy mengesyorkan anda sumer sertai WOKSYOP PERANCANGAN KEWANGAN KOMPREHENSIF PD 30 NOVEMBER 2008 NI.....masih belum terlambat untuk mendaftar....kalo berminat hubungi saya di talian 0133990339 @ emel keghorl@yahoo.com

salam bebas hutang dari saya keghorlimbong-HATI EMAZZ

Kunci 4 : BAYAR SECARA TUNAI

adakah anda memiliki kad kredit?

Berapa keping kad yang anda miliki?Biasanya sewaktu anda berbelanja, apakah anda membayar secara tunai atau hutang (kad kredit &buku 555)?
Sebenarnya saya bukan mahu menyalahkan penggunaan kad kredit, tetapi risiko hutang menggunakan kad kredit adalah lebih besar berbanding pinjaman peribadi (bank).

Mengapa saya kata begitu?Ini kerana kadar interest kad kredit adalahsebanyak 12% - 18% setahun!!
(pinjaman bank pun baru 6% setahun).
Penggunaan kad kredit akan mendorong anda lebih boros ketika berbelanja. Sebaik-baiknya gunakan tunai dan hadkan menggunakan 1 kad kredit sahaja untuk tujuan kecemasan.Jika anda memiliki lebih dari satu kad, anda disarankan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit yang lain dan gunakan hanya satu kad sahaja.

Anda harus sedar bahawa kad kredit adalah HUTANG yang perlu anda bayar setiap bulan.dan ia bukanlah kemudahan untuk anda berbelanja dengan sewenang-wenangnya!


Sekian untuk tips kali ini.

Nantikan kunci kelima bebas kewangan pada email yang akan datang.

Terima kasih.p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Salam kebebasan kewangan,

INI LAH KEKOTORAN AIR YANG KITA MINUM




SALAM PEMBACA....WATER FILTER SEBELUM DAN SELEPAS DI CUCI...RENUNG2KAN LA WAHAI KAWAN.......KALO TGK MMG X TERGAMAK NK MINUM AIR .........GUNALAH WATER FILTER UNTUK KITA DAN PALING PENTING UNTUK ANK2 KITE.....RX WATER MENJAMIN KESIHATAN YANG TULEN.....UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI LAH KE
HUBUNGI SAYA DI 0133990339

Isnin, November 17, 2008

Kunci 3 : BERFIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI

Selalunya, sebelum anda membeli sesuatu barang tidak kira barang keperluan atau pun tidak, apa yang anda buat? Sesetengah dari anda, ada membuat cacatan barang apa yang perlu di beli. Itu sudah cukup bagus kerana anda tahu apa yang hendak dibeli.tetapi....Pernahkan anda berfikir, patutkah barang tersebut anda beli? Baik, anda perlu pertimbangkan beberapa soalan di bawah sebelum membeli sesuatu barang. Berikut soalan tersebut :
1. Apakah barang tersebut mempunyai kepentingan?
2. Apakah anda perlu beli hari ini atau pada masa akan datang?
3. Adakah kos baik pulih barang ini mahal?
4. Adakah barang ini betul-betul perlu dan anda tidak boleh hidup tanpanya?
Jika jawapan anda YA (kecuali No.3 - TIDAK),anda boleh membuat keputusan untuk membeli barang tersebut. tetapi sekiranya jawapan anda majoriti adalah TIDAK, keluarkan barang tersebut dari senarai anda.Semoga tips kali ini dapat membantu anda di dalam menguruskan perbelanjaan.
Terima kasih.
p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.
Salam kebebasan kewangan,

Jumaat, November 14, 2008

WORKSYOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KOMPREHENSIF


Tarikh

Masa30 November 2008 @ AHAD

10pagi - 2 ptg

Lokasi;Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

PenceramahEn. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) bersama Team Pengurusan Kewangan

YuranRM 50 seorang

Daftar sekarang!Tempat Terhad untuk 30 orang peserta sahaja
Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 27 November 2008(Tertakluk kepada kekosongan)

KWN2 KU JOIN LA WORKSYOP NI......BYK KELEBIHAN NYE...AKU NAK SHARING JER...APA TUNGGU LAGI..MASA UNTUK BERUBAH DAN BEBAS DARIPADA BELENGGU HUTANG

BERMINAT HUBUNGI SAYA KEGHORL 0133990339
@
EMEL
keghorl@yahoo.com

Rabu, November 12, 2008

Kunci 2 : HADKAN MENGIKUT KEPERLUAN DIRI

Apa maksudnya?

Begini keghorl, sekiranya gaji keghorl adalah RM2,000, maka hadkan perbelanjaan dibawah RM2,000 sahaja dan tidak lebih dari itu. Oleh sebab itu pada email yang lepas, saya menyarankan kepada keghorl agar mencatat perbelanjaan setiapbulan. Ini supaya keghorl dapat menghadkan perbelanjaantidak lebih dari pendapatan yang keghorl terima setiap bulan.

Jika perbelanjaan keghorl melebihi pendapatan bulanan,sudah tentu keghorl akan terjerumus ke dalam masalahhutang (pembelian secara hutang/kad kredit). Impianuntuk mencapai kebebasan kewangan tidak mungkin tercapai.Pepatah ada mengatakan, "ukur baju di badan sendiri". Oleh itu, diharapkan tips kali ini sedkit sebanyak membantu keghorl menguruskan kewangan dengan lebih baik.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Salam kebebasan kewangan,

KEGHORL-HATI EMAZZ......emel dr petuajimatduit

Selasa, November 11, 2008

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA .....

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota
wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.
a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka,
maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

moga saudara2 pembaca dpt mengamalkan amalan2 baginda rasullullah s.a.w..
slm pembaca KEGHORL-hati emazz

Untuk renungan semua

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil menguki senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang
tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -
numpukkan harta.

siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email
ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula
pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...


sesekali apa salahnya ingat mengingati sesama kita....
salam pembaca,
KEGHORL-hati emazz

Isnin, November 10, 2008

Sebagaimana yang saya janjikan kepada keghorl, dibawah ini
merupakan kunci pertama mencapai kebebasan kewangan.

Kunci 1 : CATATKAN PERBELANJAAN ANDA
====================================

Ya, catatkan semua perbelanjaan yang akan keghorl lakukan.
Tulis dengan lengkap, bermaksud tulis apa sahaja yang keghorl
mahu beli pada bulan tersebut.

Setelah selesai, perhatikan perbelanjaan yang telah keghorl catat.
Bezakan yang mana satukah keinginan dan keperluan.

Keperluan umumnya adalah seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Manakala keinginan pula seperti membeli kereta baru,
handphone baru,sofa baru dan sebagainya.

Setelah keghorl mengenalpasti perbezaan keperluan dan keinginan
barangan tersebut, keluarkan senarai barang yang tidak sepatutnya
keghorl beli.

Cara ini dapat mengelakkan keghorl dari tidak cukup wang belanja
pada bulan tersebut. Malah mampu mengelakkan diri keghorl dari
membeli secara hutang, kerana awal-awal lagi keghorl dah pun
keluarkan senarai barang yang tidak perlu dibeli. :-)

p/s : Rekod amat penting untuk mengetahui keluar masuk wang
yang anda dapat dan belanjakan.

p/s/s : Nantikan Kunci Kedua Kebebasan Kewangan pada email
yang akan datang.


Salam kebebasan kewangan,


Artikel ini di ambil dr emel sy yg di hantar oleh blog petuajimatduit...boleh la di aplikasikan oleh kita semua

Benarkah orang miskin itu pemalas?

salam semua pembaca blog saya........terdetik pula saya membaca blog PEMIKIRKAYA hari ini....menarik juga apa yg di tulis oleh saudara PEMIKIRKAYA...mmg kaya dgn idea2 dan motivasi yg baik untuk para bloggers sume....di bawah ni salah satunyer......pikir2 dan renung2 kan.....slm sumer

Bagi saya orang miskin tidak malas, tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!
Oleh kerana malas untuk berfikir maka lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.

Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang rajin berfikir- Orang KAYA!

Mereka miskin mungkin kerana tidak berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.
Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.

Berkerja keras tanpa menggunakan minda seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.
Adalah jauh lebih baik anda berkerja dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Pernahkan anda membaca karya klasik Napolean Hill, Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk menjadi kaya!
Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras menuruti minda dan fikiran orang lain…
Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi miskin…

Orang miskin tidaklah malas berkerja tetapi mereka malas berfikir…
Fikir- fikirkanlah..
SALAM KEGHORL-hati emazz

Harga minyak turun lagi?



JOHOR BAHRU 9 Nov. - Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.
"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.
"Harga akan diturunkan secara munasabah, mungkin dilakukan dua kali sebulan, seperti Oktober lalu iaitu pada pertengahan dan hujung bulan," katanya.
Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Shahrir, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berkuatkuasa 1 November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 daripada RM2.20 kepada RM2.05.
Harga diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.
Ditanya mengenai masalah kenaikan harga minyak untuk pesawat kecil yang dilaporkan berlaku kini, Shahrir berkata, perkara tersebut hanya bersifat sementara.
Menurutnya, kenaikan harga bahan api itu berlaku kerana ia tidak disubsidi oleh kerajaan, sebaliknya diimport dari luar negara dan harganya ditentukan oleh pasaran.
Shahrir berkata, masalah itu bagaimanapun hanya melibatkan kuantiti minyak yang kecil memandangkan ia hanya digunakan untuk pesawat kecil.
"Kita beri masa untuk keadaan pulih seperti biasa. Biasanya sebulan," katanya.
Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, kerajaan akan menimbangkan langkah sesuai untuk mengatasinya termasuk memikirkan semula monopoli Petronas dalam membekalkan minyak tersebut.
"Saya fikir ia tidak memberi kesan kepada Petronas jika diberi kepada pihak lain.
"Namun kerajaan bagi kepada Petronas supaya ia lebih terurus kerana Petronas mempunyai pengalaman dan kepakaran," katanya.
Bahan api untuk pesawat kecil di negara ini telah meningkat sehingga ia dijual pada harga RM9.50 seliter berbanding RM6 di Singapura.

Jumaat, November 07, 2008

WORKSYOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KOMPREHENSIF
Tarikh

30 November 2008 @ AHAD

Masa
10pagi - 2 ptg

Lokasi
Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Penceramah
En. Nor Azmi Omar, Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) bersama Team Pengurusan Kewangan

Yuran
RM 50 seorang

Daftar sekarang!
Tempat Terhad untuk 30 orang peserta sahaja
Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran pada 27 November 2008
(Tertakluk kepada kekosongan)
KWN2 KU JOIN LA WORKSYOP NI......BYK KELEBIHAN NYE...AKU NAK SHARING JER...APA TUNGGU LAGI..MASA UNTUK BERUBAH .
BERMINAT HUBUNGI SAYA KEGHORL 0133990339
@
EMEL

BAGAIMANA BIOSPRAY DAPAT MEMBANTU ANDA...


Mengembalikan pembinaan otot
Menebalkan kulit dan mengurangkan kedut
Menghitamkan warna rambut; Boost sexuality
Memperbaiki penglihatan
Memperbaiki mood dan insomnia
Meningkatkan daya stamina
Mengurangkan lemak di badan;pertumbuhan rambut baru
Revitalized; Recombinant of cholesterol structure
Meningkat daya ingatan
Menstabil tekanan darah
Meningkatkan sistem imunisasi
Memperbaiki tisu dan juga tulang
Mobilizes your body's self-defense mechanisms;
Assists your body in maintaining healthy membrane tissue
Builds and maintains bones and teeth; Regulates heart rhythm
regulating the body's production of energy
Preserves proper alkalinity of body fluids
decreases the risk of breast, colon, lung and prostate cancer
Necessary for protein synthesis and wound healing
Preserves tissue elasticity

Rabu, November 05, 2008

TIP TIP TEMBAK HUTANGGGGG.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd pembaca blog ini......

Hari ini saya akan berkongsi beberapa tips dan strategi yang anda boleh gunakan untuk langsaikan hutang. Tips-tips ini saya dapati ketika menyemakkembali inbox emel saya.Maklumlah, ketika Malaysia sedang diasak kegawatan ekonomi ini, timbul khabar-khabar yang mengatakan bahawa bank akan meningkatkan kadar faedah (BLR)! Jika sebelum ini anda membayar pinjaman RM 500 sebulan,bersedialah untuk bayar RM 700 ketika kegawatan kelak. Jika sedang bayar RM 1000, bersedialah dengan RM 1300.

Oleh itu jika anda ada mempunyai duit lebih sekarang,bayarlah hutang anda secepat mungkin. Ini termasuklah hutang bank, kad kredit dan juga perabot untuk menjamin hidup yang lebih baik dan tidak stress. Untuk membayar hutang ini, ada 2 cara. Cara pasif dan cara aktif.

STRATEGI BEBAS HUTANG PASIF


Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah pasif berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan anda sepanjang 6 bulan lepas.Lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat strok! :)

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, denganmencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupamasukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemaskinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatassekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupasenaraikan semua hutang anda. Contohnya;
1)Hutang perabot RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutangyang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutangNo.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelumini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepadahutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahansehingga ke senarai yang terakhir.Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

STRATEGI BEBAS HUTANG AKTIF

Berbeza dengan cara pasif, strategi aktif lebih ringkas danmudah.Anda perlu melipatgandakan pendapatan anda sekurang-kurangnya10% dan gunakan kesemua wang lebihan ini untuk membayar hutang anda mengikut turutan.Antara sumber pendapatan tambahan ini adalah, royalti dari penulisan atau lagu yang digubah, buat kerja freelance ataupun pendapatan dari perniagaan internet anda sendiri.Yup! Perniagaan internet tidak semestinya dilakukan full-time.

Selamat Membasmi Hutang!LANGSAI JGN X LANGSAI


SALAM KEGHORL_hati emazz

Sabtu, November 01, 2008

TESTIMONI BIOSPRAY DARI KEGHORL N MAZZURA

slm semua pembaca blog KEGHORLIMBONG.....................harapnya berada dlm lindungan allah selalu....dan yg paling penting kalian semua sihat...insyaallah....

ni la nak citer pasal biospray ni......memang baguihhh la produk ni..eden ngan bini den x ponah jupo mcm ni punyo baguihhh....den boli lopeh rayo ari tu
dgn bro zbm n king cobra.....kiro ehhh baru 3 mggu la...dio punyo kosan....makkkk aiiii...MENAKJUBKAN...

YANG PALING DEN SUKO,TIDO DEN MMG NYONYAK..X PONAH DEN RASO TIDO NYONYAK MCM NI....SATU LAIEE MIGRAIN BINI DEN DAN XDO,KALO X TU 2-3 KALI KONO DLM SBLN..X LARAT DEN DO..

NAK KOBA LAIEEE...KALO PONING KO,DOMAM KO,SESOMO KO BLE GAK SPRAY......KOJAP YO HILANG EHHH....

RASO PONEK KOJO TU DA XDO LA....DAN PALING PONTING TU POIEE JAMBAN TU SONANG LA..HEHEHHEHE...KOJAP YO KUAR EHHHH

OK LA......CUBO LA RONONG2KAN....YANG PONTING BADAN KITO SIHAT...DUET BULE CARI...... SALAM keghorl-hati emazz

Khamis, Oktober 30, 2008

BioSpray Anti Penuaan

BioSpray Anti Penuaan: "Nama
No Telefon
Alamat Rumah"

makan gaji @ bisness.....????

Salam pembaca BLOG KEGHORLIMBONG...............kewangan ok ker?........
harapnyer sume ok...walaupon ada yg tersangkut2 ckit...DUGAAN....COBAAN
Baiklah hari ini kita berbicara tentang sejarah kerja makan gaji.
Dalam dunia hari ini kerja makan gaji merupakan pekerjaan paling banyak yang dilakukan oleh umat manusia walaupun era Industri telah berlalu sekian lama.
Tahukah anda bilakah kerja maka gaji ini bermula?
Ya, jawapan telah saya berikan sebagaimana di atas! Era Perindustrian!
Pada zaman sebelum era perindustrian diwujudkan hampir kesemua dan kebanyakan masyarakat bekerja sendiri sama ada petani, penternak, nelayan dan sebagainya untuk menyara kehidupan mereka.
Apabila tiba era perindustrian, maka banyak kilang-kilang didirikan dan banyak peluang pekerjaan wujud. Kerja pengurusan dan pentadbiran dan kewangan juga bertumbuh seiringan dengan kepesatan ekonomi perindustrian.
Maka ramailah masyarakat muda-mudi mulai meninggalkan kerjaya nenek moyang mereka dan lebih selesa bekerja dengan dibayar upah yang dinamakan sebagai gaji.
Dalam pada masa itu, mereka yang mempunyai minda perniagaan mulai mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar mereka.
Mereka sedar untuk berjaya dan mengaut lebih banyak keuntungan ialah dengan mengajikan seramai mungkin pekerja yang boleh membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan buat mereka.
Apabila mereka tidak mempunyai cukup modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, maka mereka wujudkan syer dengan mempelawa para pelabur untuk berkongsi keuntungan dan risiko. Dengan itu mereka terus mengaut keuntungan dan terus menyumbang kepada ekonomi dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Hari ini, agak sukar untuk kita mencari peratusan yang tinggi di kalangan mereka yang hidup kerjanya makan gaji tetapi hidup kaya raya dan bebas daripada belenggu hutang.
Ini kerana kebanyakkan mereka menjadikan dan mencagarkan pendapatan mereka untuk dijadikan alat untuk mereka membuat lebih banyak hutang….
Sekarang anda mulai faham dan mengerti kenapa orang makan gaji sekadar hidup untuk cukup makan sahaja!
Ini kerana mereka yang ‘Makan Gaji’ setiap bulan kerjanya adalah untuk makan kesemua hasil gaji mereka tanpa ada sebarang simpanan dan perancangan untuk masa hadapan.
Apa yang mereka fikirkan hanyalah jaminan untuk hidup pada masa itu sahaja. Mereka mungkin tidak merancang untuk menyimpan dan melabur sebaliknya mereka lebih gemar dan berminat merancang “apa yang ingin dibelanjakannya”
Sebab itulah shopping complex di mana-mana sentiasa dipenuhi oleh pengguna yang menggunakan sehingga habis wang mereka bahkan ada yang menggunakan kad plastik (kad kredit) untuk berbelanja memenuhi kemahuan mereka yang tak pernah berakhir..
Kesimpulannya orang makan gaji kerjanya adalah untuk makan dan habiskan kesemua wang pendapatan mereka, apa yang berada dalam minda mereka adalah belanja sehingga habis..
Manakala orang yang berniaga akan menjadi kaya (ada juga orang berniaga tak kaya!) kerana mereka hanya berfikiran bagaimana nak dapatkan keuntungan dan mengembangkan perolehan mereka.
Jika hari ini mereka mendapat untung RM2,000.00 mereka akan pula berfikir macamana nak dapatkan RM20,000 pula dan begitu lah seterusnya..apabila mereka telah melihat peluang mereka akan terus mencari peluang yang lain..
Adalah tidak salah jika anda kerja makan gaji, cumanya anda perlu ada kesedaran untuk menggunakan sebahagian daripadanya untuk dijadikan modal pelaburan bagi perancangan masa depan anda dan bukannya menjadilkannya sebagai modal untuk menambahkan beban hutang peribadi anda!
KEGHORL......HATI EMAZZ