Khamis, September 11, 2008

baca la artikel ni untuk panduan semua rakyat malaysia


Meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat
KUALA LUMPUR: Bajet 2009 meningkatkan lagi kuasa beli golongan berpendapatan sederhana apabila kerajaan menaikkan rebat cukai, pengecualian cukai ke atas simpanan dan beberapa barangan makanan, pengurangan cukai import beberapa barangan pengguna serta mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang berenjin diesel. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan mencadangkan rebat cukai semasa RM350 seorang dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Berikutan langkah itu, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai.
Di samping itu, bagi mengurangkang beban cukai, terutama individu yang bergantung kepada pendapatan daripada simpanan, kerajaan mencadangkan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai. Kerajaan juga mencadangkan pengecualian sepenuhnya cukai import ke atas beberapa barangan makanan di antara dua peratus dan 20 peratus, antaranya mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.

IKLAN
ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI WORKSHOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KOMPREHENSIF YANG DI JADUALKAN SEPERTI BERIKUT:-
Tarikh14 September 2008 @ AHAD
Masa10pagi - 2 ptg
LokasiKompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
MAKLUMAT LANJUT
www.asasteguh. blogspot. com

Langkah baru itu diperkenalkan kerana kerajaan menyedari peningkatan kadar inflasi turut memberi kesan kepada kuasa beli golongan pendapatan ederhana, kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan.
Bagi kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan pengurangan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada lima peratus dan 30 peratus. Barangan terbabit termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Beliau berkata kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, berkuatkuasa 1 September ini. Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikenakan kadar cukai jalan lebih tinggi berbanding kenderaan berenjin petrol. - Bernama __._,_.___
. __,_._,___

Tiada ulasan: