RAKYAT Malaysia didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung.
Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung.
Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
“Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan.
“Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap,” katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.
Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing.
Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.
Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan.
“Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.
“Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji,” katanya.
Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.
Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka.
Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu.
Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya.
Eco Bottle Malaysia: Sustainable Hydration Solutions with Tupperware
5 minggu yang lalu
10 ulasan:
tue la..pada saya la kan...bukan mereka tak nak mempraktikkannya. Cuma...pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi sebagai contoh....amat rendah.
sama la kes ngan saya.
kenape malas menabung...? tak percaye sama institusi bank..? riba...? ato kinerja pegawai bank rendah ??? ..so ni artikel bagus lah...salam
aku sokong.
Pembelajaran menguruskan wang sepatutnya atau wajib diajar bermula diperingkat sekolah lagi. Mata pelajaran perakaunan adalah sebahagian daripada pembelajaran pengurusan wang, bukan nya keseluruhan perancangan kehidupan yang melibatkan wang.
tu memang sebetulnya...tmbhan bile dah berada dalam keadaan zone comfort..dah tak fikir dah..tp bile time2 gawat nie..mula lar mengelabah...hehehhe
betul tu. pepatah melayu : kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tu mungkin tepat. sebab, dekat2 hujung bulan... duit habis. tunggu tarikh gaji. begitulah seadanya.tambah2 plk hidup di KL ni. betul2 kais mengais.

Catat Ulasan