Rabu, November 26, 2008

Kunci 4 : BAYAR SECARA TUNAI

adakah anda memiliki kad kredit?

Berapa keping kad yang anda miliki?Biasanya sewaktu anda berbelanja, apakah anda membayar secara tunai atau hutang (kad kredit &buku 555)?
Sebenarnya saya bukan mahu menyalahkan penggunaan kad kredit, tetapi risiko hutang menggunakan kad kredit adalah lebih besar berbanding pinjaman peribadi (bank).

Mengapa saya kata begitu?Ini kerana kadar interest kad kredit adalahsebanyak 12% - 18% setahun!!
(pinjaman bank pun baru 6% setahun).
Penggunaan kad kredit akan mendorong anda lebih boros ketika berbelanja. Sebaik-baiknya gunakan tunai dan hadkan menggunakan 1 kad kredit sahaja untuk tujuan kecemasan.Jika anda memiliki lebih dari satu kad, anda disarankan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit yang lain dan gunakan hanya satu kad sahaja.

Anda harus sedar bahawa kad kredit adalah HUTANG yang perlu anda bayar setiap bulan.dan ia bukanlah kemudahan untuk anda berbelanja dengan sewenang-wenangnya!


Sekian untuk tips kali ini.

Nantikan kunci kelima bebas kewangan pada email yang akan datang.

Terima kasih.p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Salam kebebasan kewangan,

Tiada ulasan: