Isnin, November 10, 2008

Sebagaimana yang saya janjikan kepada keghorl, dibawah ini
merupakan kunci pertama mencapai kebebasan kewangan.

Kunci 1 : CATATKAN PERBELANJAAN ANDA
====================================

Ya, catatkan semua perbelanjaan yang akan keghorl lakukan.
Tulis dengan lengkap, bermaksud tulis apa sahaja yang keghorl
mahu beli pada bulan tersebut.

Setelah selesai, perhatikan perbelanjaan yang telah keghorl catat.
Bezakan yang mana satukah keinginan dan keperluan.

Keperluan umumnya adalah seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Manakala keinginan pula seperti membeli kereta baru,
handphone baru,sofa baru dan sebagainya.

Setelah keghorl mengenalpasti perbezaan keperluan dan keinginan
barangan tersebut, keluarkan senarai barang yang tidak sepatutnya
keghorl beli.

Cara ini dapat mengelakkan keghorl dari tidak cukup wang belanja
pada bulan tersebut. Malah mampu mengelakkan diri keghorl dari
membeli secara hutang, kerana awal-awal lagi keghorl dah pun
keluarkan senarai barang yang tidak perlu dibeli. :-)

p/s : Rekod amat penting untuk mengetahui keluar masuk wang
yang anda dapat dan belanjakan.

p/s/s : Nantikan Kunci Kedua Kebebasan Kewangan pada email
yang akan datang.


Salam kebebasan kewangan,


Artikel ini di ambil dr emel sy yg di hantar oleh blog petuajimatduit...boleh la di aplikasikan oleh kita semua

Tiada ulasan: