Sabtu, Januari 03, 2009

Kes denggi membimbangkan

PUTRAJAYA 2 Jan. - Kes jangkitan demam denggi di negara ini membimbangkan dengan 1,269 jangkitan baru dan dua kematian dilaporkan minggu lepas.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, kes jangkitan denggi yang dilaporkan adalah tinggi dan memerlukan perhatian daripada semua pihak termasuk ahli masyarakat.

"Untuk tempoh 21 hingga 27 Disember 2008, sebanyak 1,269 kes jangkitan dicatatkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 48,178 dengan 108 kematian.

"Jumlah jangkitan pada minggu lepas juga meningkat sebanyak sembilan kes berbanding minggu sebelumnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hassan berkata, sembilan negeri yang menunjukkan peningkatan dari segi median kes pada minggu lepas ialah Selangor sebanyak 184 peratus, Kedah (140 peratus), Putrajaya (100 peratus), Pulau Pinang (97 peratus), Negeri Sembilan (57 peratus), Terengganu (32 peratus), Pahang (32 peratus), Kelantan (enam peratus) dan Johor (dua peratus).

"Negeri-negeri ini menyumbang sebanyak 81 peratus daripada jumlah kes jangkitan demam denggi yang dilaporkan di negara ini sepanjang minggu lepas," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan mendapati 78 peratus premis yang positif pembiakan nyamuk aedes adalah di rumah kediaman atau kedai.

"Indeks pembiakan aedes didapati tinggi di kawasan tanah kosong, kilang, tanah perkuburan dan tempat pembuangan sampah," katanya.

Beliau juga kesal dengan sikap anggota masyarakat yang tidak memberi kerjasama yang baik kepada aktiviti penyemburan kabus yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kita hanya berjaya melakukan semburan di 68 peratus daripada 413,197 premis yang disasarkan kerana kekurangan kerjasama daripada orang ramai," katanya.

Tambahnya, sebanyak 213 kompaun bernilai RM32,800 dan 275 notis pembersihan turut dikeluarkan kepada penduduk yang gagal menjaga kebersihan premis sehingga membawa kepada pembiakan nyamuk.


utusan

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru 2009

sangat membimbangkan... mari kita sama2 usaha membasmi tempat pembiakan nyamok ..

tipahvogue berkata...

kat opis nih pon, dah ada yg kena denggi dan admitted dlm spital...huhuhu

Sis Lin berkata...

manusia ni biase ler..dh terantuk bru nk terngadah kan..cuba nnti dh kna keluarga sendri,ha bru tu la nk bersih2 kan semua kan...ada contoh dh kt jiran sini...

^aNgRiAni^ berkata...

waaa...kena bersihkan seluruh kawasan umah laa ujung minggu ni

Tanpa Nama berkata...

kalau keluarga, kwn@ saudara kena denggi, samada d.berdarah atau bukan,berilah sup ketam dgn segera.
Ia sgt2 membantu meningkatkan paras platelet darah yg berkurangan akibat jangkitan kuman ini.Platelet menghentikan pendarahaN.selain dp itu pastikan meminum air masak lebih(lagi baik minum air beroxygen if available).