Isnin, Disember 01, 2008

Kunci 5 : UBAH ASET JADI MODAL

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai
hal ini, elok jika saya menerangkan serba sedikit
mengenai aset dan liabiliti.

Aset merupakan harta hak milik anda seperti
rumah, kereta, saham dan sebagainya.

Liabiliti pula ialah jumlah tanggungan yang perlu
anda bayar (tanggung) pada setiap bulan seperti
hutang kereta, rumah, hutang pinjaman peribadi
dan banyak lagi contoh lain.

Apa yang dimaksudkan dengan "Ubah Aset
Jadi Modal"? Begini, sekiranya anda mempunyai
hutang yang banyak (jumlah liabiliti melebihi
jumlah aset), anda disarankan untuk
menjual aset yang ada untuk melunaskan
hutang tersebut.

Akan tetapi, cara ini hanya perlu dilakukan
sekiranya anda tiada cara yang lain untuk
membayar hutang yang tertunggak.

Tiada gunanya anda memiliki aset yang banyak
tetapi tidak mampu menanggung liabiliti yang
semakin bertambah setiap bulan, malah bayaran
bulanan pun dah "tersangkut" beberapa bulan.

Jadi, jual aset anda, dan gunakan ia sebagai
modal untuk melunaskan segala hutang
anda.

Cukup setakat hari ini.

Terima kasih.

p/s : sila kunjungi blog saya untuk info terkini.

Tiada ulasan: