Jumaat, Disember 19, 2008

Pejabat koperasi diserbu



KUALA LUMPUR - Sebuah koperasi yang didakwa menjalankan skim cepat kaya kecoh semalam apabila pejabatnya yang terletak di Sentul diserbu oleh pelabur-pelaburnya yang menuntut supaya wang mereka dikembalikan.

Malah ada antara pelabur itu mengugut membuat laporan polis sekiranya wang mereka tidak dipulangkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Tinjauan ke premis koperasi terbabit mendapati pelabur-pelabur yang terlibat sudah mengunjungi pejabat tersebut sejak dari awal pagi bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan setelah berita mengenai koperasi itu disiarkan Kosmo! kelmarin.
Bagaimanapun, usaha wartawan Kosmo! untuk bertemu dengan pengurusan koperasi itu gagal apabila salah seorang daripada kakitangannya meminta supaya satu temu janji dibuat terlebih dahulu.

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan, tiga buah koperasi iaitu Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad di Kuala Lumpur serta Koperasi Taqwa Malaysia yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan didapati menawarkan skim cepat kaya.

Ekoran itu, ketiga-tiga koperasi terbabit digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa kelmarin setelah SKM mendapati ia melanggar Akta Koperasi 1993 kerana menyeleweng dan melakukan kesalahan menjejaskan kepentingan ahli.
Seorang mangsa, Abdullah Mohd. Shuib, 57, yang sudah melabur sebanyak RM20,000 sejak dua tahun lalu kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam skim ini, tidak sangka akhirnya duit hasil titik peluh saya kini lesap," kata pekerja syarikat swasta itu.
petikan dari akhbar kosmo..........
keghorlimbong.......masih tak serik2 lagi orang kita ni.........
SALAM KESEDARAN.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkara ini tak akan terjadi kalau dorang2 ni jalani hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi...

(Pengajaran utk kita juga)

Siti Fatimah Nabihah berkata...

erm,hye.. thankz for dropping my blog..
nk tnye,apa nma syarikat tu?? huhuh..

Miss Neddy berkata...

ermm dorg kena berwaspada lar kan..apsal nk wat keje yg tak berpakedah ni ek???

tipahvogue berkata...

org kita mmg slalu tak serik2...asek nak cepat kaya jek kejenye...hmmm...donia! donia!