Ahad, Januari 11, 2009

AS hantar 3,000 tan peluru ke Israel

LONDON 10 Jan. - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tender untuk menyewa sebuah kapal dagang bagi mengangkut peluru ke Israel pada bulan ini.

Pentagon bagaimanapun menafikan penghantaran peluru tersebut ada kaitan dengan konflik di Genting Gaza.

Seorang jurucakap Pentagon berkata, peluru berkenaan adalah untuk simpanan stok peluru AS di Israel.

Tentera AS menyimpan stok senjata dan peluru di sesetengah negara bagi menghadapi kemungkinan bekalan diperlukan dalam tempoh singkat.

Menurut dokumen tender yang diperoleh oleh Reuters, tentera laut AS menyatakan kapal dagang yang hendak disewa itu dikehendaki membawa 325 kontena 20 kaki (6 meter) mengandungi apa yang disenaraikan sebagai "peluru."

"Penghantaran 3,000 tan peluru sekali gus adalah jumlah yang banyak.

"Permintaan seperti ini jarang dikeluarkan dan kami tidak melihat banyak sebut harga untuk tender sedemikian di pasaran sejak bertahun-tahun lalu," kata seorang broker.

Kapal tersebut dijadual melakukan dua pelayaran berasingan dari pelabuhan Astakos di Greece ke pelabuhan Ashdod di Israel dari pertengahan hingga hujung bulan ini.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Patrick Ryder berkata, beliau enggan mengulas mengenai laluan kapal atas sebab keselamatan tetapi mengesahkan penghantaran peluru ke Israel memang sudah dirancang sebelum ini.

"Kiriman yang sudah dijadualkan itu adalah urusan rutin dan bukan untuk menyokong kempen ketenteraan di Gaza," kata Ryder.

Sebuah syarikat perkapalan Jerman yang memenangi tender tersebut mengesahkannya tetapi enggan memberi maklumat lanjut.


PS=APALAH NAK JADI DGN DUNIA SEKARANG NI......DOA UNTUK RAKYAT PALESTINE...KENAPA JADI MCM NI.........SUBHANALAH..

6 ulasan:

Sheikh berkata...

harap harap tuhan hantar 3 juta burung ababil....

Tanpa Nama berkata...

slm bro syeikh.......sama2 la kita berdoa untuk muslim d gaza.....itu la kejahatan puak yahudi.....negara arab buat apa ekkkk?

Tanpa Nama berkata...

ye lah tur.. kekonon STOK tentera AS lah!!

walhal stok peluru tentera Israel...
aku mls nak tgk news ttg kekejaman israel ini.. tak sampai hati tgk budak2 menjadi mangsa.. lagi2 baby....

emilia azman berkata...

negara arab sibuk beli Kaka dari Milan ke Man City

Tanpa Nama berkata...

geram jek dengar..sedey mengenang nasib anak2 palestine

Mrs Nurul berkata...

waaaa takutnye ceni..