Ahad, Februari 08, 2009

“Saya Tidak Kaya! Perlukah Saya Merancang Kewangan Saya?”

Baru-baru ini ketika saya menghadiri seminar kewangan di uala lumpur, salah seorang daripada mereka bertanyakan kepada seorang penceramah;

“Saya Tidak Kaya! Perlukah Saya Merancang Kewangan Saya?”

“Bukankah mereka yang ada banyak harta sahaja yang perlu merancang kewangan?”, soalnya lagi dengan penuh tanda tanya.

“Oh, tidak! Semua orang perlu merancang kewangan!”, jawab saya ringkas.

“Tidak kira sama ada anda kaya atau tidak, berpendapatan sederhana mahu pun cukup-cukup makan sahaja, adalah perlu untuk anda merancang kewangan anda semua!”, jelas saya lagi.

Lihat, masyarakat kita hari ini! Mereka masih kurang faham betapa pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan mereka.

Maka tidak hairanlah jikalau terlalu ramai yang menghadapi masalah kewangan dalam hidup mereka!

Anda perlu rancang kewangan anda sekiranya anda ingin bebas daripada masalah kewangan.

Anda tidak perlu menunggu untuk memilki harta yang banyak atau telah menjadi kaya baru anda ingin merancang kewangan!

Apakah anda mampu untuk menjadi kaya jika sekiranya anda gagal untuk merancang kewangan anda?

Sebaliknya jika anda tidak merancang kewangan anda adalah lebih mudah untuk anda kekal berada pada tahap sederhana bahkan mungkin boleh berada pada tahap miskin jika anda gagal menyelesaikan masalah kewangan dengan betul!

Jika anda kini berada pada tahap miskin atau pun sederhana, maka saranan saya anda perlulah merancang kewangan daripada sekarang! Merancang dan mengurus kewangan anda adalah jalan terbaik untuk merubah kedudukan kewangan anda!

Semoga anda semua beroleh keupayaan dan kemampuan untuk merancang dan memperbaiki kedudukan kewangan anda!

salam bebas hutang


1 ulasan:

hrmk berkata...

sape la tanya soalan mcm tue..
miskin ke..kaya ke..mesti la kena rancang.

kalo rasa miskin..kena rancang nak ber'wang' skit..

kalo kaya..mestilah nak kekalkan kekayaan tue...

yang penting..uruskan dengan baik sumber kewangan..