Khamis, Mac 26, 2009
HARGA AYAM TURUN.....KFC TURUN X.......
Harga ladang ayam hidup turun daripada RM3.70 kepada RM3.30 sekilogram, harga borong daripada RM4.40 kepada RM4 sekilogram dan harga runcit daripada RM5.10 kepada 4.70 sekilogram.
Dalam kenyataan beliau di sini hari ini, harga borong ayam bersih turun daripada RM5.20 kepada RM4.70 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala dan hempedal turun daripada RM6 kepada RM5.55 sekilogram.
Harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM7.40 kepada RM6.90 sekilogram.
Beliau berkata harga turun disebabkan keadaan kewangan dan ekonomi sekarang yang dihadapi negara.
“Tidak dapat dielakkan harga ladang telah turun selaras dengan kekurangan dalam permintaan,” tambahnya. - Bernama
Selasa, Mac 24, 2009
KEAZAMAN MENDIDIK ANAK.......
"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
Pembentukan sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
(Surah An-Nisa’:34)
Namun demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan lupa akan tanggung jawab mereka. Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga. Mereka gagal memahami firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan ingkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala…”
(Surah At-Tahrim: 6)
Tanggung jawab yang dipikul oleh suami sangat luas skopnya. Sekadar menyenaraikan beberapa tanggung jawab asas sebagai pedoman dan kayu ukur untuk bermuhasabah dan menyoal diri sendiri “Adakah saya telah melaksanakan tanggung jawab ini dengan sempurna?”. Antaranya:
1. Menjadi pemimpin keluarga.
Sebagai seorang suami, adakah kita telah memenuhi tanggung jawab mengajarkan isteri dan anak-anak tentang ilmu Tauhid seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan sebagainya dengan sempurna? Bagaimana pula dengan ilmu Fiqh misalnya rukun sembahyang, puasa juga perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai halal, haram, sunat, makruh dan harus? Pernahkah kita menerangkan kepada isteri ataupun anak perempuan mengenai haid, nifas, wiladah serta cara menyucikannya?
Semua persoalan di atas sering dipandang remeh oleh suami yang merupakan ketua keluarga. Ada di antara kita yang cetek ilmu agamanya, malah lebih malang ada yang langsung tidak mengetahui akan skop ilmu yang dinyatakan di atas. Kurang mempersiapkan diri sebelum memasuki alam perkahwinan serta mengambil sambil lewa akan persoalan agama merupakan antara punca terjadinya perkara ini. Rasululullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak mendapati akan Allah oleh seseorang dengan dosa yang lebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya”.
Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa “sesuatu kebinasaan yang akan menimpa seseorang suami adalah akibat kegagalan melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri. Mereka ini terdiri daripada suami yang tidak berani menegur menunjuk ajar anak dan isteri sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat”.
Terdapat banyak perkara yang melanggar syariat dilakukan oleh anak isteri tetapi suami tidak mampu untuk menegurnya atau sengaja membiarkannya. Antaranya seperti tidak bersembahyang, mengumpat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan, mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata lucah dan seumpamanya.
Seterusnya, Imam Ghazali menyatakan lagi bahawa “kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumah tangga itu terlalu banyak, hingga tidak dapat diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak dapat lari dari kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah serta kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik isteri seta anak-anak di dalam rumahtangga”.
2. Pemberian nafkah.
Seseorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan tanggungannya semenjak mula berlakunya akad nikah, sekalipun isterinya itu seorang yang kaya raya. Hak isteri tersebut untuk mendapatkan nafkah tidak akan berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami. Justeru, suami wajib berusaha mencari nafkah yang halal bagi menampung kehidupan keluarga.
Nafkah boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) bahagian iaitu:
i. Nafkah kepada isteri iaitu meliputi nafkah zahir dan batin kepada isteri yang sah. Manakala bagi isteri yang telah diceraikan, masih berhak menerima nafkah zahir selama tempoh iddah talak raj’ie.
ii. Nafkah anak iaitu pemberian nafkah kepada anak yang sah taraf serta belum mencapai umur akhil baligh. Walau bagaimanapun, sekiranya anak tersebut sudah mencapai umur akhil baligh tetapi masih belum berupaya mencari rezeki, maka dia berhak menerima nafkah.
iii. Nafkah usul adalah nafkah yang diberikan oleh sebab pertalian darah. Misalnya, anak memberi nafkah kepada ibu bapa dengan syarat ibu bapa tersebut terlalu susah sehingga tidak mampu lagi untuk menyara hidup.
Kewajipan memberi nafkah ini juga dinyatakan dengan jelas dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] misalnya telah memperuntukkan dengan jelas tentang hal pemberian nafkah dalam peruntukan Seksyen 59 hingga peruntukan Seksyen 71. Selain itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 juga memperuntukkan hal pemberian nafkah di dalam peruntukan Seksyen 60 hingga peruntukan Seksyen 70. Demikianlah halnya dengan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang turut memperihalkan tentang pemberian nafkah ini. Peruntukan-peruntukan ini dibuat untuk memastikan seseorang suami itu tidak lari dari tanggung jawabnya memberikan nafkah kepada isteri dan orang di bawah tanggungannya.
Wahai lelaki, suami dan bapa-bapa sekalian! Marilah kita renung ke dalam diri kita dan berfikir sejenak sejauh manakah kita telah melaksanakan kewajipan serta tanggung jawab kita terhadap keluarga. Kita telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi pemimpin dan pastinya Allah s.w.t. akan menyoal dan menilai apa yang telah kita laksanakan.
Pejamkan mata dan tanya diri sendiri; Cukupkah perbelanjaan harian yang kita bekalkan buat isteri dan anak-anak? Berapa kali kita memeluk dan mengucup anak-anak dalam sehari? Sudah cukupkah bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi diajarkan kepada mereka? Paling utama, tanyalah pada diri sendiri; Adakah aku ini bapa yang bertanggung jawab?
Bersesuaian dengan sambutan hari bapa, marilah kita sama-sama berazam untuk melaksanakan kewajipan kita sebagai pemimpin keluarga dengan sebaik mungkin selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jumaat, Mac 06, 2009
Rakyat Malaysia malas menabung
Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung.
Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
“Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan.
“Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap,” katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.
Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing.
Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.
Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan.
“Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.
“Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji,” katanya.
Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.
Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka.
Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu.
Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya.
Jumaat, Februari 20, 2009
CARA URUSKAN WANG ANDA
NIKMAT dan kepuasan yang dikecapi seseorang adalah apabila dia dapat berbelanja dan menabung dengan sepuas-puasnya dan dapat melakukan kedua-duanya dengan baik dan sama rata!Untuk membolehkan kita mendapat apa yang dicapai oleh individu itu, kita hendaklah mengamalkan beberapa perkara. Salah satu antaranya adalah memperbaiki atau menyempurnakan diri dengan amalan membuat bajet. Bajet ialah salah satu kunci ke arah pengurusan wang kita.
Mungkin perkataan bajet selalu dilemparkan dalam beberapa artikel yang lalu. Ini memang satu perkara yang sengaja saya ulangi. Ini kerana, bak kata pepatah Inggeris, "Repetition is the mother of skill." Ertinya, pengulangan adalah ibu kepada semua kemahiran.
Menjadi kaya bukan bererti seseorang itu mempunyai gaji yang lumayan, tetapi kita boleh menjadi kaya dengan bijak menggunakan wang yang kita ada. Cara paling baik untuk menggunakan gaji adalah membuat rancangan kewangan yang baik. Rancangan kewangan inilah yang dipanggil bajet. Saya tahu, ramai pembaca bertanya bagaimana hendak membuat bajet. Ia mungkin menakutkan tetapi merancang bajet adalah perkara paling mudah dalam proses merancang kewangan kita.
Jangan risau dan takut! Menulis bajet mudah sahaja. Sebab kita tidak perlu mempunyai ijazah istimewa. Apa yang susah adalah untuk melaksanakannya dan mengamalkannya bulan demi bulan. Bajet kita akan menjadi suatu perancangan yang sungguh penting sehinggakan kita tidak akan membeli atau membayar apa-apa selagi bajet kita tidak mengizinkan.
Apakah itu bajet?
Bajet ialah satu catatan yang terdiri daripada pendapatan tetap, yang kita peroleh setiap akhir bulan dan catatan perkara-perkara yang akan perlu dibayar atau perlu dibeli setiap bulan. Baki di antara kedua-dua catatan inilah merupakan wang yang mesti disimpan untuk menuju kekayaan.
Sebelum kita menyediakan bajet, ada beberapa maklumat asas yang perlu kita ketahui. Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah kita memperoleh pendapatan kita. Kadang-kadang selain daripada makan gaji, kita juga mempunyai perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Maklumat yang perlu kita catat ialah cara kita berbelanja pada akhir bulan (mengikut tabiat masing-masing kerana ada yang bijak membeli dan ada pula yang boros).
Ketahui ke mana perginya wang gaji kita:
A. Gunakan 15 helai kertas (saiz A4, sebaik-baiknya yang bergarisan) dan di atas kertas pertama tuliskan: PENDAPATAN.
Jangan lupa mengira semua jenis pendapatan daripada gaji bersih, wang daripada kerja lebih masa, komisen daripada perniagaan, wang yang didapati daripada rumah sewa dan lain-lain. Satu perkara penting yang harus diambil kira ialah wang yang diterima hendaklah sama untuk semua 12 bulan. Ini kerana, kalaulah jumlahnya tidak selaras, kita akan mengambil kira wang yang tidak ada di dalam tangan. Perkara ini kalau tidak ditangani akan mendatangkan masalah dalam bajet dan perbelanjaan kita.
Mulai hari ini, setelah mengetahui jumlah keseluruhan pendapatan kita, barulah kita boleh merancang apa yang perlu dilakukan dengan wang tersebut.
B. Dengan menggunakan 12 helai kertas, setiap satu hendaklah kita tuliskan 12 bulan dalam setahun (kertas 1-Januari, kertas 2-Februari, kertas 3-Mac dan seterusnya).
Di atas setiap kertas itu, kita bahagikan kepada tiga bahagian.
1. Perbelanjaan asas yang tetap
Perbelanjaan atau pembayaran yang tidak berubah setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran kereta, pembayaran balik pinjaman, yuran sekolah atau kolej atau universiti, premium insurans dan lain-lain.
2. Perbelanjaan asas yang berubah
Perbelanjaan atau pembayaran ini kadangkala susah untuk ditangani kerana ia seringkali meningkat dan kadangkala menurun. Perbelanjaan yang dicatat ialah bil telefon, bil elektrik, bil air, perbelanjaan runcit dan pasar, simpanan (bank, tabung haji, amanah saham), ubat-ubatan dan lain-lain.
3. Perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan
Di sinilah bahagian yang boleh mengubah segala amaun simpanan kita kerana perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan inilah satu-satunya memerlukan disiplin yang sungguh kukuh. Kenapa ya? Apa tidaknya, kalaulah kita berbelanja mengikut nafsu dan tidak mengikut kehendak yang penting, bahagian ini akan meningkat. Perbelanjaan seperti pakaian, kasut atau tas tangan yang berjenama. Hadiah-hadiah hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, majalah yang diimport dari luar negara atau semua jenis perbelanjaan yang boleh dielakkan daripada pembaziran.
Setelah mencatat semua yang dikehendaki di atas, kita campurkan ketiga-tiga untuk mendapatkan jumlah besar pada akhir tahun. Daripada sini, kita dapat mempelajari sama ada kita seorang yang cermat berbelanja atau boros. Walau apa pun jawapan yang kita dapat, jangan risau kerana kita juga boleh memperbaiki kelebihan atau menangani masalah yang kita hadapi.
Rabu, Februari 18, 2009
Berkereta mewah, bergaya dan penuh keyakinan. Itulah personaliti yang ada pada seorang perunding kewangan dan saham amanah yang berjaya.Siapa yang tidak mahu semua itu, hanya usaha dan kesungguhan membuatkan seseorang itu boleh ke tahap tersebut dan memiliki kereta mewah.
Untuk menceburinya dan merasai 'jiwa' kehidupan seorang perunding kewangan, agak belum terlambat terutama bagi graduan yang baru tamat pengajian, pekerja yang diberhentikan kerja akibat pergolakan ekonomi global dan mereka yang ingin 'berperang' dalam dunia saham.
Dilaporkan, bermula pertengahan tahun lalu sehingga kini, ramai pekerja terutama dalam sektor pembuatan dibelenggu rasa bimbang hilang pekerjaan ekoran kegawatan ekonomi global yang kesannya turut dirasai Malaysia.
Apatah lagi, pada akhir Disember lalu, dilaporkan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.Keadaan itu turut mengundang kebimbangan dan ketakutan di hati tentang bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa pekerjaan dan pendapatan.
Begitu juga dengan graduan 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan berpuluh-puluh lagi di IPTS (swasta). Semua lepasan IPTA dan IPTS ini akan berebut-rebut memasuki alam pekerjaan yang semakin terhad. Jadi, sesuatu perlu dilakukan.
Golongan ini harus memikirkan untuk menceburi bidang-bidang yang bukan semata-mata makan gaji di sektor swasta, syarikat multinasional atau kerajaan.Mereka kini harus beralih angin sebagai perunding kewangan dan saham amanah yang mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pendapatan yang lumayan serta sekali gus membaiki kehidupan dan ekonomi mereka.
Saham amanah ialah suatu bentuk pelaburan yang kurang risiko berbanding dengan pasaran saham biasa. Saham amanah yang dilaburkan ke pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham di Bursa Malaysia, bon, sekuriti kerajaan, simpanan tetap dan lain-lain pelaburan beretika yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Saham amanah amat baik jika dilaburkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dari tiga tahun untuk tidak terdedah kepada risiko pasaran saham yang turun naik, sesuai untuk mereka yang ingin merancang kewangan untuk persaraan atau pendidikan tinggi anak-anak.
Jumaat, Februari 13, 2009
5 akibat makan berlebihan
1.Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.
2.Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
3.Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.
4.Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.
Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.
5.Menimbulkan banyak penyakit.
Selasa, Februari 10, 2009
Dana-Didik anak kenali wang
Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya “Perlukah kita mendidik anak-anak mengenai wang?” Percayalah ia dapat membantu mengawal perbelanjaan anda. Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dewasa ini, pengurusan kewangan keluarga merupakan satu perkara yang sangat penting. Konsep pengurusan kewangan ini bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa, malah ia perlu diterapkan kepada akar umbi lagi.
Anda perlulah mendedahkan anak-anak kepada pengurusan kewangan bermula daripada sekarang. Ini dapat membantu dalam mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan. Dengan kenaikan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada kesemua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali.
1.Untuk menerapkan nilai dan asas yang kukuh pada anak-anak.
Mahu atau tidak, anda perlu mengakui bahawa pengurusan kewangan adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana semuanya memerlukan duit. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas-asas pengurusan kewangan.
Ini perlu diubah kerana mendidik anak-anak mengenai wang adalah sama pentingnya dengan mengajar anak mengenai perkara-perkara asas lain seperti memberus gigi, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Pengajaran yang paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran. Ini perlu dilaksanakan demi kebaikan anda dan juga anak-anak.
2.Duit tidak turun dari langit
Mungkin ada anak-anak zaman sekarang tidak menganggap bahawa mendapatkan duit itu satu perkara yang sukar. Semuanya dianggap mudah belaka oleh mereka. Cubalah bayangkan senario yang benar- benar berlaku ini – seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tetapi ibunya tidak mempunyai duit yang cukup dalam dompetnya untuk membelikannya mainan tersebut, lalu dia berkata “Mak tak cukup duit nak belikan adik mainan ni”.
Si anak pula dengan lurusnya menjawab “ATM kan ada. Mak keluarkan je la duit dari mesin ATM tu”. Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Menakutkan bukan?. Bagi mereka, wang yang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya, dan anda boleh ke mesin ATM pada bila-bila masa sahaja untuk mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu.
Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka di mana mereka ingin memiliki pelbagai benda. Mereka mahukan itu, mahukan ini dan macam-macam lagi. Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras. Tidak semua yang dihajatkan boleh menjadi milik mereka. Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.
Dana-Didik anak kenali wang
Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya “Perlukah kita mendidik anak-anak mengenai wang?” Percayalah ia dapat membantu mengawal perbelanjaan anda. Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dewasa ini, pengurusan kewangan keluarga merupakan satu perkara yang sangat penting. Konsep pengurusan kewangan ini bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa, malah ia perlu diterapkan kepada akar umbi lagi.
Anda perlulah mendedahkan anak-anak kepada pengurusan kewangan bermula daripada sekarang. Ini dapat membantu dalam mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan. Dengan kenaikan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada kesemua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali.
1.Untuk menerapkan nilai dan asas yang kukuh pada anak-anak.
Mahu atau tidak, anda perlu mengakui bahawa pengurusan kewangan adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana semuanya memerlukan duit. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas-asas pengurusan kewangan.
Ini perlu diubah kerana mendidik anak-anak mengenai wang adalah sama pentingnya dengan mengajar anak mengenai perkara-perkara asas lain seperti memberus gigi, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Pengajaran yang paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran. Ini perlu dilaksanakan demi kebaikan anda dan juga anak-anak.
2.Duit tidak turun dari langit
Mungkin ada anak-anak zaman sekarang tidak menganggap bahawa mendapatkan duit itu satu perkara yang sukar. Semuanya dianggap mudah belaka oleh mereka. Cubalah bayangkan senario yang benar- benar berlaku ini – seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tetapi ibunya tidak mempunyai duit yang cukup dalam dompetnya untuk membelikannya mainan tersebut, lalu dia berkata “Mak tak cukup duit nak belikan adik mainan ni”.
Si anak pula dengan lurusnya menjawab “ATM kan ada. Mak keluarkan je la duit dari mesin ATM tu”. Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Menakutkan bukan?. Bagi mereka, wang yang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya, dan anda boleh ke mesin ATM pada bila-bila masa sahaja untuk mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu.
Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka di mana mereka ingin memiliki pelbagai benda. Mereka mahukan itu, mahukan ini dan macam-macam lagi. Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras. Tidak semua yang dihajatkan boleh menjadi milik mereka. Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.
Ahad, Februari 08, 2009
“Saya Tidak Kaya! Perlukah Saya Merancang Kewangan Saya?”
Baru-baru ini ketika saya menghadiri seminar kewangan di uala lumpur, salah seorang daripada mereka bertanyakan kepada seorang penceramah;
“Saya Tidak Kaya! Perlukah Saya Merancang Kewangan Saya?”
“Bukankah mereka yang ada banyak harta sahaja yang perlu merancang kewangan?”, soalnya lagi dengan penuh tanda tanya.
“Oh, tidak! Semua orang perlu merancang kewangan!”, jawab saya ringkas.
“Tidak kira sama ada anda kaya atau tidak, berpendapatan sederhana mahu pun cukup-cukup makan sahaja, adalah perlu untuk anda merancang kewangan anda semua!”, jelas saya lagi.
Lihat, masyarakat kita hari ini! Mereka masih kurang faham betapa pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan mereka.
Maka tidak hairanlah jikalau terlalu ramai yang menghadapi masalah kewangan dalam hidup mereka!
Anda perlu rancang kewangan anda sekiranya anda ingin bebas daripada masalah kewangan.
Anda tidak perlu menunggu untuk memilki harta yang banyak atau telah menjadi kaya baru anda ingin merancang kewangan!
Apakah anda mampu untuk menjadi kaya jika sekiranya anda gagal untuk merancang kewangan anda?
Sebaliknya jika anda tidak merancang kewangan anda adalah lebih mudah untuk anda kekal berada pada tahap sederhana bahkan mungkin boleh berada pada tahap miskin jika anda gagal menyelesaikan masalah kewangan dengan betul!
Jika anda kini berada pada tahap miskin atau pun sederhana, maka saranan saya anda perlulah merancang kewangan daripada sekarang! Merancang dan mengurus kewangan anda adalah jalan terbaik untuk merubah kedudukan kewangan anda!
Semoga anda semua beroleh keupayaan dan kemampuan untuk merancang dan memperbaiki kedudukan kewangan anda!salam bebas hutang
Khamis, Februari 05, 2009
Rentetan jika harga gula dinaikkan...
rencana@utusan.com.my
KRISIS gula datang lagi. Sama ada perkara ini disedari atau tidak oleh kerajaan, hakikatnya rakyat di beberapa buah negeri sudah mengeluh kekurangan barangan asas itu. Pada tahun 2006, isu gula 'menghangatkan' perasaan rakyat. Dahulu ia dikatakan berpunca daripada 'mainan kotor' pengilang dan pemborong gula di negara ini.
Kali ini ia didakwa berpunca daripada tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan harga gula akan dinaikkan selepas Tahun Baru Cina. Akibat bimbang kenaikan harga itu menyebabkan berlaku pembelian panik di kalangan pengguna. Lantaran itu berlaku kekurangan bekalan di beberapa negeri sejak minggu lalu.
Dakwaan bahawa belian panik menjadi antara punca kepada bekalan gula berkurangan sukar diterima. Bagaimana orang ramai terutama yang di luar bandar mahu membeli dan menyimpannya jika stok di kedai pun tidak ada. Pihak penguat kuasa KPDNHEP digesa jenguk-jenguklah ke setiap pelosok negara terutama negeri-negeri di utara dan Pantai Timur.
Lihatlah sendiri berapa banyak gerai menjual kuih tidak beroperasi akibat kehabisan gula. Maknanya, krisis ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi rakyat secara langsung. KPDNHEP patut mencari jalan mengatasinya bukan memberi alasan streotaip. Perkara begini yang rakyat bosan kerana lambat mengambil tindakan. Masalah gula boleh menyusahkan kehidupan rakyat.
Rakyat sudah letih dengan putaran krisis bekalan makanan. Apa yang menjadi kemusykilan, boleh dikatakan saban tahun masalah ini pasti akan muncul. Selepas gula, mungkin berlaku semula kekurangan bekalan minyak masak dan tepung.
KPDNHEP yang bertanggungjawab dengan hal-hal perdagangan dan kepenggunaan ini sepatutnya sudah mempunyai pelan jangka panjang bagi memastikan krisis gula tidak berulang. Dengan itu apabila masalah seperti ini timbul, ia boleh diatasi segera. Punca kepada masalah bekalan gula sekarang mungkin sudah dimaklumi. Namun kekurangan bekalan gula masih berlaku. Nampaknya kita tidak belajar daripada kerumitan lalu yang ditanggung oleh rakyat.
Sejak krisis bekalan gula berlaku tiga tahun lalu, kerajaan terpaksa menyenaraikan gula halus sebagai barang kawalan mulai September 2006. Malah kerajaan juga menetapkan harga gula halus di peringkat runcit, selain penetapan harga di peringkat kilang, industri dan pemborong. Tujuannya untuk menyelaraskan harga setiap peringkat supaya masing-masing mendapat keuntungan sama rata.
Namun kini kekurangan bekalan gula yang berlaku di beberapa kawasan di tanah air mungkin akan merebak hingga ke Lembah Klang seperti pernah berlaku sebelum ini. Mungkin benar jangkaan beberapa pegawai persatuan pengguna tiga tahun lalu bahawa isu gula mungkin tidak selesai selagi kerajaan tidak menaikkan sedikit harga bahan itu.
Masalah yang melanda sekarang mungkin selesai dalam beberapa hari lagi jika kerajaan setuju menaikkan harga gula. Tetapi bagaimana dengan masalah bekalan bahan makan lain seperti tepung, minyak masak dan lain-lain.
Jika kerajaan 'melayan' kehendak pekilang, pemborong dan pengedar gula, maka kerajaan terpaksa berlaku 'adil' kepada industri bekalan makanan yang lain. Bermakna rakyat terpaksa bersedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga barangan lain jika harga gula dinaikkan.
Adakah tindakan menaikkan harga gula sesuai pada masa ini ketika negara dikatakan menghadapi kegawatan ekonomi kesan kemelesetan ekonomi global?
Selasa, Februari 03, 2009
YOU'LL NEVER WALK ALONE
When you walk through a storm,
Hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm,
There's a golden sky,
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Though your dreams be tossed and blown,
Walk on, walk on,
With hope in your heart,
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone...
Ahad, Februari 01, 2009
Keletihan dan mudah lupa
SAYA ingin mencuba suplemen atau vitamin untuk melegakan masalah keletihan yang sering membataskan aktiviti harian saya.
Adakalanya saya mudah lupa dan ini boleh menjejaskan prestasi kerja saya di pejabat. Manakala di rumah tenaga saya juga diperlukan untuk tugasan rumah tangga dan anak-anak. Apakah suplemen yang sesuai untuk saya?
Jawapan,
JAWAPANNYA ADALAH BIOSPRAY ANTI PENUAAN.....HILANG LETIH, BADAN TAMBAH SEGAR BUGAR DAN LUPA JADI TIDAK LUPA.......AKAN SAYA BERI LAGI KEBAIKAN BIOSPRAY DI POST SY AKAN DATANG....
Ahad, Januari 11, 2009
AS hantar 3,000 tan peluru ke Israel
LONDON 10 Jan. - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tender untuk menyewa sebuah kapal dagang bagi mengangkut peluru ke Israel pada bulan ini.
Pentagon bagaimanapun menafikan penghantaran peluru tersebut ada kaitan dengan konflik di Genting Gaza.
Seorang jurucakap Pentagon berkata, peluru berkenaan adalah untuk simpanan stok peluru AS di Israel.
Tentera AS menyimpan stok senjata dan peluru di sesetengah negara bagi menghadapi kemungkinan bekalan diperlukan dalam tempoh singkat.
Menurut dokumen tender yang diperoleh oleh Reuters, tentera laut AS menyatakan kapal dagang yang hendak disewa itu dikehendaki membawa 325 kontena 20 kaki (6 meter) mengandungi apa yang disenaraikan sebagai "peluru."
"Penghantaran 3,000 tan peluru sekali gus adalah jumlah yang banyak.
"Permintaan seperti ini jarang dikeluarkan dan kami tidak melihat banyak sebut harga untuk tender sedemikian di pasaran sejak bertahun-tahun lalu," kata seorang broker.
Kapal tersebut dijadual melakukan dua pelayaran berasingan dari pelabuhan Astakos di Greece ke pelabuhan Ashdod di Israel dari pertengahan hingga hujung bulan ini.
Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Patrick Ryder berkata, beliau enggan mengulas mengenai laluan kapal atas sebab keselamatan tetapi mengesahkan penghantaran peluru ke Israel memang sudah dirancang sebelum ini.
"Kiriman yang sudah dijadualkan itu adalah urusan rutin dan bukan untuk menyokong kempen ketenteraan di Gaza," kata Ryder.
Sebuah syarikat perkapalan Jerman yang memenangi tender tersebut mengesahkannya tetapi enggan memberi maklumat lanjut.
PS=APALAH NAK JADI DGN DUNIA SEKARANG NI......DOA UNTUK RAKYAT PALESTINE...KENAPA JADI MCM NI.........SUBHANALAH..
Sabtu, Januari 10, 2009
KESIHATAN IBARAT KEKAYAAN.....

RAMAI yang sibuk membincangkan tentang krisis ekonomi semasa dan bagaimana kesan kegawatan akan dirasai pada tahun-tahun mendatang.
Di seluruh dunia, syarikat perniagaan mengalami kesan kesempitan kredit manakala individu dan keluarga mereka pula mengkaji semula keutamaan kewangan masing-masing menyebabkan perbelanjaan isi rumah dikurangkan secara ketara, termasuk penjagaan kesihatan.
Dalam keadaan sukar seperti ini, perbelanjaan perlu diuruskan dengan teliti. Tetapi usaha menjimatkan kos kadangkala turut menjejaskan perbelanjaan kesihatan peribadi dan juga keluarga.
Antaranya mengurangkan perbelanjaan mencegah penyakit, membuat keputusan membeli ubat sendiri dan melengahkan keputusan berjumpa doktor apabila sakit.
Masalah kesihatan pesakit lazimnya dikesan pada peringkat lewat atau akhir, menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital serta mendapatkan rawatan perubatan yang berpanjangan dan serta-merta atau menjalani pembedahan besar.
Dalam laporan yang diterbitkan oleh Friend Provident and the Blood Pressure Association, Britain, kajian mendapati, bahawa 56 peratus daripada responden membeli makanan lebih murah sebagai langkah menjimatkan kos, 15 peratus telah mengurangkan perbelanjaan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan 21 peratus mengurangkan penggunaan gim akibat kegawatan ekonomi.
Tambahan lagi, 27 peratus daripada mereka semakin bimbang, 19 peratus kurang tidur, dan 15 peratus bekerja lebih panjang masa akibat tekanan ekonomi.
Satu lagi tinjauan oleh D2Hawkeye Inc., sebuah firma analisis data perubatan bagi pihak Wall Street Journal menunjukkan bahawa kemelesetan ekonomi telah menyebabkan sesetengah rakyat Amerika membatalkan polisi insurans mereka, dengan harapan mereka dapat menjimatkan premium mingguan untuk perbelanjaan seperti yuran sekolah anak-anak .
Menurut Indeks Keutamaan Membeli Pengguna MasterCard Worldwide yang dilaksanakan buat pertama kali, 70 peratus daripada pengguna rantau Asia Pasifik mengurangkan perbelanjaan budi bicara untuk tempoh 12 bulan akan datang. Makan minum dan hiburan (59 peratus) mendahului senarai, diikuti oleh fesyen dan aksesori (46 peratus), pendidikan kanak-kanak (44 peratus), dan pelancongan peribadi (42 peratus).
Hasil kajian juga mendapati bahawa 60 peratus daripada pengguna di rantau ini menghabiskan lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan peribadi mereka ke atas barangan budi bicara, dengan lebih 11 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sebelum ini membelanjakan lebih 40 peratus.
Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai yang membuat perubahan ketara terhadap gaya hidup dan amalan hidup akibat kemelesetan ekonomi.
Walaupun tindakan orang ramai menguruskan wang lebih bijak memastikan mereka tidak terlalu boros berbelanja, perkara yang dikhuatiri ialah dalam usaha menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik, masing-masing mengabaikan perkara asas mengenai kesihatan diri dan keluarga mereka seperti pemeriksaan perubatan berkala, pemvaksinan, mengambil makanan sihat dan meneruskan senaman.
Kita sepatutnya menjadikan keadaan ekonomi yang gawat sebagai dorongan untuk membuat perubahan positif kepada amalan gaya hidup tidak sihat. Antaranya merokok, minum arak makan terlalu banyak makanan tidak sihat dan berusaha memupuk tabiat yang memberi sumbangan positif kepada kesihatan.
Jaga kesihatan menerusi pencegahan
Pemvaksinan rutin, pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat awal.
Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan kemujaraban ubat moden, banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.
Dengan mencegah kesakitan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira, seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup.

Penjagaan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang membawa kepada usia lebih panjang dan penyakit yang berkurangan.
Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan masalah kewangan.
Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak. Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh dicegah dan kerumitannya.
Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke semasa dengan kos pembedahan besar, kemoterapi, atau rawatan hospital jangka panjang.
Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu; wang yang sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman persaraan. Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.
Penyakit gaya hidup amat berleluasa dan merupakan faktor yang amat membebankan sistem penjagaan kesihatan kita. Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh meringankan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan kesihatan kita. Ini akan menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih berkaitan, berkesan dan termampu.
Bagaimanakah cara untuk membuat pelaburan penting ini? Tumpuan kepada enam perkara berikut:
*Pemeriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.
*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.
*Tidak menghisap rokok dan minum alkohol.
*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.
*Bersenam secara kerap.
*Menguruskan tekanan dengan bijak.
"Kesihatan itu harta yang paling berharga." - Virgil
Khamis, Januari 08, 2009
Bersatu untuk memboikot
SAYA sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah Palestin menyeru semua rakyat Malaysia bersatu memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat dan memohon kerjasama daripada media untuk senaraikan barangan dari negara berkenaan.
Hanya dengan cara ini kita mampu mengajar Israel dan Amerika Syarikat. Marilah kita sama-sama menyahut seruan boikot ini.
Sanggupkah kita melihat kanak-kanak kecil, wanita, orang awam dibunuh setiap hari?
Manusia jenis apakah Israel ini yang sanggup menyentap nyawa anak yang tidak berdosa setiap hari.
Marilah kita membantu rakyat Palestin dengan cara boikot barangan rejim Zionis dan sekutu mereka.
Malaysia diiktiraf miliki rejim mesra penghutang
SINGAPURA 7 Jan. - Malaysia disenaraikan berada di tangga keempat sebagai negara mempunyai rejim kebangkrapan paling mesra penghutang di rantau Asia Pasifik apabila pemiutang boleh mengharapkan untuk memperoleh semula lebih 80 sen bagi setiap dolar aset yang mereka terhutang.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Asian Banker Research (ABR) baru-baru ini, kes kebankrapan di Malaysia turut mengambil lebih dua tahun untuk dijelaskan.
Hasil kajian itu yang diumumkan hari ini menyatakan bahawa Singapura dan Jepun merupakan rejim kebangkrapan paling mesra penghutang di rantau Asia Pasifik di mana pemiutang boleh mengharapkan untuk mendapatkan semula lebih 90 sen bagi setiap dolar.
Taiwan di tempat ketiga dengan kadar perolehan semula yang sama dengan Malaysia.
ABR berkata, kebanyakan ekonomi sedang muncul di rantau ini masih perlu berusaha seperti China, India, Indonesia dan Vietnam di mana kadar perolehan semula adalah di bawah 50 peratus.
Pengurus kanan Asian Banker Research Dr Grace Liu berkata, sebahagian bidang kuasa masih mempunyai kelemahan dan kesamaran dalam sistem undang-undang mereka yang berkemungkinan terdedah dalam kelembapan sekarang kerana bilangan perniagaan yang berkembang di rantau Asia Pasifik menjadi tidak mampu membayar.
Kajian itu juga berkata, di India, perbicaraan kemuflisan mengambil purata masa tujuh tahun dan pemiutang memperoleh semula sekitar 10 sen dalam setiap dolar.
Di Filipina, Indonesia dan Taiwan, perbicaraan kemuflisan biasanya mengambil hampir enam tahun untuk selesai.
Sebaliknya, ia mengambil kurang daripada enam bulan secara purata untuk menyelesaikan perbicaraan kemuflisan di bawah regim di Singapura dan Australia, kata ABR.
Negara-negara ini bersama dengan Jepun dan Hong Kong, bukan sahaja di hadapan rakan mereka di rantau ini tetapi juga di kalangan peneraju seluruh dunia, tambah ABR.
Pembaharuan undang-undang yang paling mutakhir dan komprehensif berlaku di China apabila republik itu memperkenalkan Undang-undang Kemuflisan Syarikat pada Jun 2007 yang mengawal atur kes kemuflisan syarikat swasta dan memperkukuhkan kedudukan penghutang tempatan dan juga asing.
Bagaimanapun, China adalah antara beberapa negara Asia, seperti Malaysia dan Indonesia, di mana isu kemuflisan lebih cenderung diselesaikan di luar mahkamah, kata ABRabu, Januari 07, 2009
10 tanda lelaki sedia untuk komitmen
Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.
Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.
Beberapa Panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.
1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin
Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin. Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.
2. Kewangannya stabil
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.
3. Dia mula mendesak anda
Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.
4. Dia bersedia untuk menunggu
Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.
5. Mengambil berat ketika anda sakit
Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.
6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda
Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam. Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya. Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.
7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'
Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.
Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.
8. Dia tidak takut berkompromi
Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda. Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.
9. Dia tidak perlu berdalih
Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya. Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.
10. Dia suka pada hubungan jangka panjang
Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.
p/s-ini serba sikit panduan untuk kaum2 hawa untuk meneliti pasangan masing2..........camno tu.......kono pikir la weiiiii
SELAMAT BERFIKIR.........X YAH FIKIR SGT DO........DVDEN ASB KAN BANYAK
ABAH...BAGI BALIK TANGAN ITA......JATUH AIRMATA JANTAN AKU
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak
ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
Katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah"
kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
CERPEN DARI BLOG...
Sabtu, Januari 03, 2009
Kes denggi membimbangkan
PUTRAJAYA 2 Jan. - Kes jangkitan demam denggi di negara ini membimbangkan dengan 1,269 jangkitan baru dan dua kematian dilaporkan minggu lepas.
Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, kes jangkitan denggi yang dilaporkan adalah tinggi dan memerlukan perhatian daripada semua pihak termasuk ahli masyarakat.
"Untuk tempoh 21 hingga 27 Disember 2008, sebanyak 1,269 kes jangkitan dicatatkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 48,178 dengan 108 kematian.
"Jumlah jangkitan pada minggu lepas juga meningkat sebanyak sembilan kes berbanding minggu sebelumnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hassan berkata, sembilan negeri yang menunjukkan peningkatan dari segi median kes pada minggu lepas ialah Selangor sebanyak 184 peratus, Kedah (140 peratus), Putrajaya (100 peratus), Pulau Pinang (97 peratus), Negeri Sembilan (57 peratus), Terengganu (32 peratus), Pahang (32 peratus), Kelantan (enam peratus) dan Johor (dua peratus).
"Negeri-negeri ini menyumbang sebanyak 81 peratus daripada jumlah kes jangkitan demam denggi yang dilaporkan di negara ini sepanjang minggu lepas," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan mendapati 78 peratus premis yang positif pembiakan nyamuk aedes adalah di rumah kediaman atau kedai.
"Indeks pembiakan aedes didapati tinggi di kawasan tanah kosong, kilang, tanah perkuburan dan tempat pembuangan sampah," katanya.
Beliau juga kesal dengan sikap anggota masyarakat yang tidak memberi kerjasama yang baik kepada aktiviti penyemburan kabus yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
"Kita hanya berjaya melakukan semburan di 68 peratus daripada 413,197 premis yang disasarkan kerana kekurangan kerjasama daripada orang ramai," katanya.
Tambahnya, sebanyak 213 kompaun bernilai RM32,800 dan 275 notis pembersihan turut dikeluarkan kepada penduduk yang gagal menjaga kebersihan premis sehingga membawa kepada pembiakan nyamuk.
utusan
.jpg)






